

@Memanah ATM Open 2009
dicatat oleh Izwan Raffie pada 6:42 PTG
Konvensyen Pembangunan Sukan Selangor
dicatat oleh Izwan Raffie pada 7:00 PG
Latihan pasukan memanah
dicatat oleh Izwan Raffie pada 12:19 PTG
Aku ni nak tak nak memang kena teruskan latihan sebab tahun depan kejohanan memanah awal, bulan satu dah start peringkat daerah, budak2 aku pulak baru je mula nak belajar, sebab tu la kalau ade sorang pun aku kena buat jugak, harap2 ada hasil yang baik la untuk kejohanan tahun depan..caiyok coach!!
Saat-saat yang mencabar
dicatat oleh Izwan Raffie pada 8:15 PTG

Antara ubat-ubatan yang biasa digunakan dalam pengurusan kecederaan dalam sukan

Yang ni best, mengurut dan diurut, lower body, upper body, refleksologi, zahir, batin semua ada, haha..
klu agak2 nak try ckap je kat aku, tp aku buat sport massage je la, yg lain2 tu aku tak khatam lg
JOM BELI BARANG RAYA @ PUTRAJAYA
dicatat oleh Izwan Raffie pada 2:44 PTGTempat : Berhadapan Bazaar Ramadhan,
Presint 2, Putrajaya
Sesampainya aku di lokasi, memang dah ramai orang, maklum la cuti, kereta dah pun berderet di tepi2 jalan, parking yang berdekatan pun dah penuh, terpaksalah aku ke kawasan parking yang agak jauh sikit, bersebelahan dengan bazaar ramadhan presint 2... lagipun hari ni hari terakhir ekspo ni, memang la berduyun-duyun orang datang, aku pun sebenarnya datang ni sebab terpengaruh bila baca forum2 kat internet pasal ekspo ni semalam, maka pagi ni dengan aku-aku sekali termasuk dalam kumpulan manusia yang berduyunan di ekspo tu...
Dalam suasana kesibukan orang ramai yang membeli-belah tu, aku cuma beli sikit kuih raya, biskut2 dan kerepek untuk keperluan raya nanti je, pastu beli beberapa pek coklat cadbury, murah sebab barang terus dari kilang...nak beli baju t-shirt atau kemeja nampaknya mcm dah out of stock, saiz aku dah takde, pastu teringin jugak nak beli kasut adidas yang ade less 30%, tapi pikir2 balik tak payah la, dah 3-4 pasang kasut sukan aku kat rumah, bukan pakai sangat pun..
Aku malas nak cerita panjang, kesimpulannya program anjuran KPDNKK ni ok la, barang2 memang agak murah berbanding yang ada di pasaran..macam2 ada, daripada kuih raya, chocolate, pelbagai jenis minuman, barangan hiasan, perabot, barangan kulit, handphone, baju, kasut dan macam2 lagi la barangan daripada pelbagai jenama. Harap2 lepas ni program2 macam ni akan diteruskan dan diperluaskan lagi ke tempat2 lain untuk kemudahan para pengguna...
Sehari di Kuala Kangsar
dicatat oleh Izwan Raffie pada 3:08 PTGBangun je tidur, aku on laptop, nak bace paper online jap sementara kepala ni ambil masa nak stabil balik. Masa dok online tu aku ada baca satu artikel pasal cuti2 malaysia, macam best je, aku tak pasti masa tu kepala aku dah boleh berfikir dengan waras atau tak sbb tiba2 je aku rasa aku pun nak pegi cuti2 malaysia memandangkan minggu ni aku ada cuti 3 hari sampai Isnin.
Aku pun tutup laptop, bukak almari baju, tengok baju2 aku pn dah siap sedia macam memanggil2 je suruh aku lipat2 masuk dalam beg, so aku terus ambil beg Deuter kesayangan aku tu, lipat beberapa helai pakaian yang aku rasa perlu, masukkan dalam beg dan terus mandi dengan sikit2 rasa confuse dalam kepala.
Lepas zohor, aku galas beg dan duduk depan tv jap. Masa tu aku perasan housemate aku yang tengah terbaring tengok tv pun confuse jgk macam aku. Dia tanya aku nak pegi mana. Aku cakap entah. Aku sendiri pun tak tau nak pegi mana. Memang sebenarnya aku sendiri tak tau nak pegi mana walaupun aku dah siap kemaskan keperluan aku untuk bercuti sehari dua. Memang aku selalu mcm tu. Kadang2 masa tengah drive tu baru aku buat keputusan nak pegi mana dan kadang2 jugak keputusan aku tu boleh berubah dengan serta-merta tanpa perancangan awal.
Pikir2, nak balik kampung minggu lepas dah balik masa cuti sekolah, tak lama lagi pn nak balik lagi sebab cuti raya. Nak pegi cameron? mcm tak best je sbb sorang member tu dah takde kat situ, dia dh pegi belajar..Langkawi? jauhnye..lagipn musim banjir, ke arah selatan plk? memang aku teringin nak ke Johor, tempat belajar dulu tp jauh sgt jugak..sabah sarawak memang dah terkeluar dr senarai sebab bukan cuti panjang pn, lgpun bkn boleh drive sendiri pegi sana...last2 aku buat keputusan aku nak pegi melawat tempat lama aku dulu je, tempat aku belajar masa sekolah menengah dulu, Bandar DiRaja Perak, Kuala Kangsar...
Lebih kurang jam 6.00, aku pun sampai di Kuala Kangsar, macam2 perasaan yang aku rasa bila sampai di Kuala Kangsar ni, seronok, terharu, confuse, hehe...sebabnya aku tak plan ape2 pn nak ke sini, aku tak survey pn tempat2 penginapan yang ada kat sini, main redah je...nasib baik la bila sampai di tengah2 pekan tu aku nampak ada satu bangunan yang agak tinggi tertulis perkataan 'HOTEL'. So aku pun terus menghala ke situ dan bila sampai di situ baru nampak lebih jelas nama hotel tu, Hotel Kangsar.
Lepas park kereta, aku masuk tanya bilik dan alhamdulillah, ada bilik yang kosong, harga RM80, aku malas nak pegi tengok tempat penginapan lain, terus je check in kat situ. Lagi satu yang bestnya kat hotel ni boleh online sebab ada wi-fi. Yang tak bestnya masa aku nak ambil barang2 aku dalam kereta, baru aku perasan yang aku tetinggal beg laptop aku kat rumah, ceh!! frust gile aku padahal masa aku kemas baju2 kat rumah tadi memang aku dah masukkan laptop dalam beg bersama2 dengan charger2 hanset, kamera dan beberapa kabel lain untuk operasi transfering dari beberapa gajet yang aku bwk. Ape nak buat, nasib baik ade astro kat bilik, layan tv je la nampaknya.
Jam 6.30, pegi bazar ramadahan di kawasan berhampiran tebing sungai perak, ape nama tempat tu aku lupa dah, beli ape2 yang patut, pegi pusing2 jap di kawasan Bukit Chandan yang banyak nostalgia bagi aku, pastu terus balik ke hotel mengunggu waktu berbuka. Malam tu harapan aku nak bertarawih di masjid ubudiah terlepas mcm tu je sbb lepas maghrib aku dah terlelap...
Ahad, aku lepak kat bilik je pagi tu sambil tengok tv, pukul 10.30 aku check out dari hotel tu dan terus ke Bukit Chandan. Ada 4 tempat yang aku nak tengok dan ambil gambar:

Istana Kenangan


dan satu tempat lagi yang terletak berhadapan dengan Masjid Ubudiah tu,

sekolah agama yang dibina pada tahun 1922, wakaf Almarhum Sultan Idris Mursyidul Azam Shah yang merupakan sekolah tempat aku belajar satu ketika dulu...bila tengok budak2 Idrisiah ni teringat kawan2 lama aku dulu yang sekarang ni entah kat mana la diaorang. Megat, Meor, Siddiqi, Juzaili, Muammar, Amin, Shahrul Nizam, Khir dan ramai lagi la, huhuhu....
Selepas beberapa lama mengimbau nostalgia di Bukit Chandan dan selepas sembahyang di Ubudiah, aku balik semula ke bandar Kuala Kangsar dan ambil beberapa keping gambar di sekitar Kuala Kangsar ni antaranya beberapa bangunan menarik seperti Galeri Sultan Azlan Shah yang dulunya Sekolah Raja Perempuan Muzwin, menara jam dan bangunan MCKK.

Pukul 2.30 ptg aku rasa dah tak tau nak ke mana2 lagi, lagipun bateri kamera aku dah low sangat, charger plk tetinggal kat rumah, aku pun drive menghala ke highway dan balik semula ke Selayang...
MERDEKA!
dicatat oleh Izwan Raffie pada 12:26 PTG
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52 TAHUN
MERDEKA!
Sekarang kita adalah Malaysia, 1 Malaysia, sebuah negara majmuk yang telah menjadi sebuah negara termaju di kalangan negara membangun. Pemimpin kita silih berganti. Pelbagai pelan dan dasar dirancang dan dilaksana untuk memastikan Malaysia terus mampu bersaing di peringkat global dalam segenap aspek. Pelbagai sektor diwujudkan untuk membuka peluang kepada mereka yang mahu merebut peluang. Saban hari sumber kekayaan negara makin diteroka dan saban hari juga pelbagai pihak makin rakus untuk mencipta kekayaan diracun dengan sikap busuk tamak dan hasad dengki walaupun di kalangan saudara yang sebangsa dan seagama. Sikap hasad dengki yang terus menular secara halus sehingga menggugat semangat yang satu ketika dulu begitu kukuh dikalangan kita sehingga mampu menghalau penjajah dari tanahair sendiri.
Sekarang kita mampu mencorak pentadbiran di negara kita sendiri mengikut acuan kita sendiri. Cuma adakah acuan kita itu akan terus kekal dalam bentuknya tanpa berubah kepada bentuk yang satu ketika dulu pernah membelenggu kita? Adakah semua warganegara kita ini sedar dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar warganegara Malaysia yang merdeka? Adakah acuan kita itu akan terus kukuh tatkala ramai warganya yang alpa dan leka mengejar kemajuan di dalam persaingan dunia tanpa sempadan?
Selepas 52 tahun kita mencorak pentadbiran negara dengan sistem kita sendiri, adakah kita sudah bersedia untuk mewariskan negara yang bergema dengan laungan merdeka pada hari ini kepada pemimpin generasi yang berikutnya?
Adakah untuk 52 tahun mendatang kita akan terus berupaya mengekalkan keseimbangan cara hidup kita walaupun kita diasak dari segenap penjuru oleh sesuatu yang berpaksikan kemodenan dan kemajuan?
Adakah kita akan mampu untuk membentuk warga negara pewaris bangsa yang terus bersyukur, jujur dan ikhlas untuk terus mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukunegara?
adakah kita sudah boleh berbangga dengan pencapaian kita sekarang? Berbaloikah dengan darah yang ditumpahkan oleh pejuang kita satu masa dulu semata-mata untuk mewariskan sebuah negara yang bebas merdeka kepada kita?
Saje nak share, Utusan Malaysia hari ni melaporkan Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.
Besar tanggungjawab kita.
Sekadar luahan cetusan rasa petang Isnin ni, sementara menunggu waktu yang sesuai nak pegi bazar ramadhan...
Puasa@kampung
dicatat oleh Izwan Raffie pada 3:22 PTGLepas balik dari solat jumaat, mak aku kata adik aku kat Shah Alam call kata petang dia dan dua orang lagi adik aku akan balik. Maknanya mlm nanti waktu berbuka cuma kakak aku je la yang takde. Bila dah ramai maknanya persediaan berbuka tu kena lebih la sikit. Tambah2 pulak adik2 aku tu kalau bab makan memang menakutkan. Aku ni je yang amalkan prinsip berhenti sebelum kenyang, hehehe...so, mak aku pun suruh abah aku tangkap ikan Tilapia mossambica (talapia le tu) yang ade kat dalam kolam belakang rumah aku, dan aku pun dengan kain pelekat yang tak salin2 lagi pergi la ikut abah aku tangkap ikan2 tu...
gambar kat bawah ni gambar kat kolam kecik depan rumah aku, saje je aku ambil lepas main2 dengan kucing kat rumah aku ni.
PTK oh PTK...
dicatat oleh Izwan Raffie pada 7:09 PTGCuti...
dicatat oleh Izwan Raffie pada 10:43 PTG
2. Minit mesyuarat agung persatuan
3. Laporan kewangan
4. Laporan aktiviti tahunan
5. Senarai jawatankuasa terkini
6. Perlembagaan badan sukan
Pagi Sabtu, aku plan nak pegi tengok National Open di Keramat, saje nak jumpa kwn2 kt situ, lepas start kete, jalan sampai pasar borong, aku terpikir nak balik kampung pulak, last2 sampai kat bulatan Batu Caves tu aku pusing balik menghala ke rawang...terus balik kampung, Bukit Jalil tak pegi, Keramat pun tak pegi, suka hati aku la kan, cuti, hehehe..
Julai yang memenatkan..
dicatat oleh Izwan Raffie pada 8:41 PTGKONTINJEN MEMANAH MSD GOMBAK
dicatat oleh Izwan Raffie pada 12:17 PGKONTINJEN MEMANAH MSD GOMBAK
SUKAN SELANGOR (SUKSES) VIII 2009
PEGAWAI
BIL | NAMA | INSTITUSI | TUGAS |
1 | EN. ZAINAL KAMAL BIN SAAD | MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG | PENGURUS |
2 | EN. MOHD IZWAN BIN MOHD RAFFIE | SK BANDAR BARU SELAYANG | JURULATIH |
3 | EN. AMRAN BIN HAMIDI | MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR | JURULATIH |
ATLET
BIL | NAMA | INSTITUSI | KATEGORI |
1. | MUHAMMAD ADAM BIN MAZLAN | SMK BUKIT INDAH | RECURVE |
2. | MOHD KHAIROL ANUAR BIN MOHD NAWAWI | UNIVERSITI UTARA MALAYSIA | RECURVE |
3. | MOHD SYAHIRAN BIN ISA | UNIVERSITI UTARA MALAYSIA | RECURVE |
4. | ATIF ISMAIL BIN SAMSUDIN | UNIVERSITI UTARA MALAYSIA | RECURVE |
5. | NURULYN NASLY BT. ADENAN | UNIVERSITI UTARA MALAYSIA | RECURVE |
6. | FEPRIYENITA BINTI ANUAR | MAJLIS SUKAN NEGARA KERAMAT | RECURVE |
7. | SITI AMIRA BT. MOHD TAMSIR | SMK IDEAL HEIGHTS | RECURVE |
8. | NOOR AMILA BINTI ABDUL LATIFF | SMK SEKSYEN 11, SHAH ALAM | RECURVE |
9. | ZAIRINA BINTI ZAINUDIN | UNIVERSITI UTARA MALAYSIA | COMPOUND |
10. | SUZANA BINTI MOHD NAYAN | UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA | COMPOUND |
11. | MUHAMMAD FADHIL BIN ZULKIFLI | UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR | COMPOUND |
Selesai Perkhemahan Unit Beruniform
dicatat oleh Izwan Raffie pada 9:22 PTGDah habis berkhemah ni, skg aku kena balik pada sukan memanah aku, dan sepanjang bulan Julai ni, aktiviti aku yang melibatkan sukan memanah :
1. Latihan pusat memanah Sukan Selangor
2. Sukan Selangor
3. Klinik memanah untuk murid2 SMK Ideal Heights
4. Latihan memanah SKBBS
Soalan pasal toleransi
dicatat oleh Izwan Raffie pada 9:52 PTG
2. Adakah toleransi tu wujud dalam diri semua orang ataupun cuma orang2 tertentu je yang ada sikap macam tu?
3. Adakah sikap selalu bertoleransi tu lebih membawa kebaikan atau keburukan pada orang
yang berpegang dengannya?
Nikmatnya kerja..
dicatat oleh Izwan Raffie pada 11:52 PGYang sebenarnya aku bukan malas nak tanda awal2, ye la, malas tu memang ada, penat..tp disebabkan kerja yang banyak sangat, last2 satu pun aku tak buat. Biar semua orang cari aku, dan sebenarnya aku perlukan tekanan mcm tu baru dapat buat kerja, pelik kan..tak cukup dengan menanda kertas jawapan exam, nak kena siapkan mcm2 kertas kerja, GPK aku pantang nampak aku je skg ni, kena panggil mengadap punya sebab ade program bulan Julai nanti, perkhemahan unit beruniform, pastu nak kene siapkan bajet dan uruskan pasal penyertaan pasukan memanah Gombak ke Sukan Selangor (SUKSES), pun bulan Julai jugak, daerah aku jadi tuan rumah pulak tu, nak melatih budak lagi, tambah pulak dengan kerja2 mengisi mcm2 borang dan tugas rasmi aku dalam kelas tu..
Sebenarnya aku kesian dengan budak2 kelas yang aku ajar, aku kena keluar je manjang, tapi atas urusan rasmi la dan biasanya pasal urusan memanah la, budak2 aku pulak mcm terkontang-kanting je dlm kelas, memang ade cikgu lain yang akan masuk ganti aku tapi aku mcm tak dapat nak bagi sesuatu yang sempurna untuk murid2 aku tu. Mcm tu la yang berlaku tiap2 thn. Tapi nak buat macam mana, dh memang kerja aku mcm tu, memang dah jadi tanggungjawab aku nak kena tingkatkan prestasi budak2 dalam kurikulum dan kokurikulum. Bila time takde keje tu memang la relax sangat, tapi bila sampai musim sibuk tu, rasa macam2 jatuh atas kepala ni.
Tugasan2 mcm ni menyesakkan jugak rasanya, kadang2 tu rasa sonok plk dengan kerja2 yang menimbun ni, tapi alhamdulillah la, belum lagi aku betul2 tak buat satu2 kerja tu disebabkan tension dan kesuntukan masa, aku mcm dh terbiasa dengan cara mcm ni, masih lagi dapat menyerap tekanan dan bebanan kerja tu dengan baik, memang kerja aku last minit, tapi mesti siap punya dan yang penting, kualiti tu tetap ada, dan sebenarnya kat situ la aku rasa nikmatnya kerja aku ni, mcm tu la aku dengan kerjaya cikgu yang dah menjangkau 10 taun ni..
KEJOHANAN MEMANAH MSSM 2009
dicatat oleh Izwan Raffie pada 8:08 PTGTempat : Padang SM Teknik, Wilayah Persekutuan Labuan

Pertama kali bangun pagi di Labuan ni untuk hari pertama kejohanan, terasa macam ada yang tak kena dengan jam. 5.30 pagi suasana sekeliling dah hampir cerah. Macam tak cukup tidur pun ada. Sebabnya bila tidur ikut waktu semenanjung, dalam pukul 12 tapi bila bangun kena ikut waktu di sini, sekitar jam 5.00pg. Kalau lambat maknanya kena queue la nak mandi. Duduk kat asrama ni kena la cepat sesuaikan diri dengan keadaan bilik, tandas dan bilik mandi. Pegawai dan atlit ditempatkan di dua bilik berasingan. Salah satu masalah utama di asrama ni tak lain tak bukan plug untuk charge handphone, haha..dengan jumlah atlit dan pegawai yang beratus orang tu, dan cuma ada dalam 3 plug yang boleh digunakan, maka macam-macam la cara kreatif yang digunakan untuk menyelesaikan masalah tu. Macam mana pun, alhamdulillah, aku tak menghadapi apa2 masalah sepanjang seminggu berada di Labuan ni, samada di tempat penginapan ataupun di padang kejohanan. Secara kebetulan pulak aku berjumpa dengan sepupu aku yang ntah berapa tahun tak pernah jumpa. Abdul Wahab bin Sulaiman, anak Pak Long aku yang menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pertandingan pada kali ini. Kira macam cerita jejak kasih la, haha..tu pun nasib baik dia cam aku dan tegur aku dulu. Senang sikit la aku. Ada talian hayat kat sini. Tapi dengan cuaca yang tak menentu, panas terik, berangin, kadang2 hujan lebat, ada di antara atlit yang kena selsema dan batuk. Kasut memang tak berpeluang nak kering. Padang dah jadi macam bendang, sentiasa basah disebabkan hujan. Itu lah di antara cabaran yang dihadapi oleh semua kontinjen sepanjang berada di WP Labuan ni selain daripada cabaran dan saingan yang dihadapi dalam usaha memburu pingat dengan mempamerkan prestasi yang baik di shooting line.

Dah banyak cerita pasal dugaan dan cabaran, sekarang cerita pasal prestasi pasukan MSS Selangor pulak. Hari sighters, nampaknya setiap kontinjen ada kelebihan masing2. Terasa kuatnya persaingan kali ni. Kategori bwh 12 tahun cukup hebat persaingan. Jarak paling jauh 30m yang baru kali ke dua dipertandingkan di peringkat MSSM dah nampak macam bukan jarak yang jauh untuk kategori bwh 12 tahun. Boleh dikatakan di setiap target butt tu pemanah buat grouping di area kuning(mata 9, 10 dan X). Sama jugak untuk kategori lain, persaingan nampak cukup hebat. Bila dalam keadaan macam ni, ketahanan mental pemanah tu sendiri akan menjadi faktor penting dalam memastikan pemanah tu sentiasa dapat mengekalkan dan meningkatkan prestasi masing-masing. Itu lah yang sentiasa ditekankan kepada pemanah2 MSSS. Alhamdulillah, pemanah2 MSSS ni kebanyakkannya dah biasa dengan situasi macam ni. Cuma ada jugak la segelintir pemanah yang agak takut, gugup bila berhadapan dengan suasana pertandingan di peringkat MSSM ni.

Hari pertandingan, 3-7 Jun, pemanah2 MSSS berjuang habis-habisan untuk memburu pingat. Paling menyerlah, pemanah lelaki bwh 12 tahun, Pavitharan yang berjaya menyumbangkan 4 pingat emas untuk kontinjen MSSS iaitu untuk jarak 30m, 15m, berpasukan dan individu keseluruhan. Keseluruhannya kontinjen MSSS mendapat 6 pingat emas, 10 pingat perak dan 11 pingat gangsa yang membawa kepada kedudukan ke-2 keseluruhan, di bawah kontinjen MSS Johor yang menjadi johan untuk kali yang ke-2 pada tahun ini. Maknanya pencapaian MSSS sama jugak macam tahun lepas, dan kali ke-3 berturut-turut MSSS di tempat ke-2. Tapi agak terkilan jugak la sebab ada di antara pemanah MSSS yang pulang tanpa mendapat sebarang pingat. Pusingan olimpik individu dan berpasukan pun kurang menyumbangkan pingat pada tahun ini. Paling bertahan pun cuma pemanah2 lelaki bawah 18 tahun yang mendapat tempat ke-2 pusingan olimpik berpasukan, tewas kepada Pasukan MSS Johor. di peringkat akhir. Nak buat macam mana. Tapi sistem kiraan mata digunapakai untuk menentukan ranking setiap pasukan. Sekurang-kurangnya semua atlit memberikan sumbangan dan memainkan peranan dalam menaikkan ranking MSS Selangor ke tempat ke-2. Kalah tipis dengan Johor yang menjadi johan keseluruhan. Apa pun, terima kasih dan tahniah kepada kontinjen memanah MSSS yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam kejohanan memanah MSSM pada tahun ini. Terima kasih jugak kepada pihak pengurusan kontinjen yang berjaya menguruskan kontinjen dengan baik dan memberi keselesaan kepada semua pegawai dan atlit sepanjang berada di Labuan. Terima kasih...
Selesai Latihan Pusat
dicatat oleh Izwan Raffie pada 8:35 PGLatihan Pusat MSSS ke MSSM 2009
dicatat oleh Izwan Raffie pada 6:30 PTG
Tempat : Padang Milenium, Kuala Kubu Baru
