Latihan Pusat MSSS ke MSSM 2009

Tarikh : 24-30 Mei 2009
Tempat : Padang Milenium, Kuala Kubu Baru

Kejohanan Memanah MSSM dah hampir bermula, sekali lagi keringat terpaksa dicurahkan bagi membentuk pasukan memanah MSS Selangor yang diharapkan dapat memberikan saingan yang mantap kepada pasukan memanah MSS negeri-negeri yang lain. Berdasarkan rekod pencapaian yang lepas, pasukan MSS Selangor berjaya menjadi johan keseluruhan kejohanan pada tahun 2006 di Kuala Lumpur dan menjadi naib johan pada kejohanan tahun lepas. Tahun 2009 menjadi giliran Wilayah Persekutuan Labuan sebagai tuan rumah kejohanan, selepas Terengganu menjadi tempat pemanah-pemanah MSSM berkampung pada tahun lepas.

0 memanah:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark