
Selesai Latihan Pusat
dicatat oleh Izwan Raffie pada 8:35 PGSeminggu berkampung di Shah Alam, akhirnya selesai sesi latihan pusat memanah MSSS ke MSSM 2009, memang memenatkan, ditambah plk dengan cuaca panas terik sekarang ni..rasa malas je, tp disebabkan tanggungjawab dan semangat pada sukan memanah ni, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Cuma latihan pusat kali ni lain sikit dengan sesi-sesi sebelumnya. Bukannya latihan dalam satu pusat yang sama, tapi 3 pusat latihan, Lapang Sasar Kuala Selangor, Kompleks Boling Padang Shah Alam yang skg ni memang digunakan sebagai pusat latihan Persatuan Mema
nah Selangor dan di SMAP Kajang. Cuma sekali je kitorang semua berkumpul sama2, hari Ahad 24hb Mei di SMK Ampang Pecah. Sebabnya skg ni semua budak sekolah ada exam. So diorang buat training berdekatan dengan sekolah masing-masing je. Walau apa pun harapnya semua pemanah MSSS ni akan dapat perform dengan baik di MSSM nanti. Cakap pasal MSSM ni ada jgk kelainannya thn ni, macam mana latihan pusat, MSSM pn lebih kurang je. Bukan pasal kejohanan tu , tapi pasal pergerakan kontinjen MSSS ke MSSM tu yang akan berlangsung di Labuan. Kali ni kontinjen MSSS berlepas dalam 3 kumpulan. Satu kumpulan akan berlepas pada pagi Ahad, satu kumpulan akan berlepas pada petang Isnin, 2.00pm, dan satu kumpulan lagi akan berlepas pada pkul 6.45pm hari Isnin termasuk aku sendiri dengan beberapa org jurulatih, team perempuan bwh 18, perempuan bwh 15 dan bawah 12 tahun. Di Labuan nanti aku sendiri tak pasti lagi di mana penginapan kontinjen MSSS ni, samada di SM Sains ataupun di SM Teknik. Yang pastinya satu lagi cabaran nak mengharungi sepanjang seminggu kejohanan, untuk pastikan Memanah MSSS ni terus mengekalkan pretasi cemerlang di peringkat MSSM. Insya Allah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 memanah:
Catat Ulasan