KEJOHANAN MEMANAH MSSM 2009

Tarikh : 1-8 Jun 2009
Tempat : Padang SM Teknik, Wilayah Persekutuan Labuan

Kontinjen Memanah MSS Selangor selamat tiba sepenuhnya di WP Labuan ini pada malam 1 Jun 2009 di Labuan Airport dengan disambut oleh Pegawai Perhubungan kami, En. Azwan. Seterusnya kami dibawa ke tempat penginapan kontinjen di SM Sains Labuan, berdekatan dengan UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan menghadap Laut Cina Selatan. Kebanyakan kontinjen menginap di SM Sains dan sebahagian yang lain menginap di SM Teknik yang mejadi venue kejohanan pada kali ini. Bagi aku penginapan kali ni ok jugak la, walaupun rasa macam tak best sebab kena menginap di asrama, bukan di hotel tapi suasana di sini best jugak. Belum pernah aku menginap di asrama berdekatan dengan laut dan pantai ni. Kawasan dia pulak memang tak sibuk. Senang kata tenang dan mendamaikan la..yang tak mendamaikan tu cuma sesetengah perkara di asrama tu sendiri. Biasa la dah duduk ramai2 ni.



Pertama kali bangun pagi di Labuan ni untuk hari pertama kejohanan, terasa macam ada yang tak kena dengan jam. 5.30 pagi suasana sekeliling dah hampir cerah. Macam tak cukup tidur pun ada. Sebabnya bila tidur ikut waktu semenanjung, dalam pukul 12 tapi bila bangun kena ikut waktu di sini, sekitar jam 5.00pg. Kalau lambat maknanya kena queue la nak mandi. Duduk kat asrama ni kena la cepat sesuaikan diri dengan keadaan bilik, tandas dan bilik mandi. Pegawai dan atlit ditempatkan di dua bilik berasingan. Salah satu masalah utama di asrama ni tak lain tak bukan plug untuk charge handphone, haha..dengan jumlah atlit dan pegawai yang beratus orang tu, dan cuma ada dalam 3 plug yang boleh digunakan, maka macam-macam la cara kreatif yang digunakan untuk menyelesaikan masalah tu. Macam mana pun, alhamdulillah, aku tak menghadapi apa2 masalah sepanjang seminggu berada di Labuan ni, samada di tempat penginapan ataupun di padang kejohanan. Secara kebetulan pulak aku berjumpa dengan sepupu aku yang ntah berapa tahun tak pernah jumpa. Abdul Wahab bin Sulaiman, anak Pak Long aku yang menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pertandingan pada kali ini. Kira macam cerita jejak kasih la, haha..tu pun nasib baik dia cam aku dan tegur aku dulu. Senang sikit la aku. Ada talian hayat kat sini. Tapi dengan cuaca yang tak menentu, panas terik, berangin, kadang2 hujan lebat, ada di antara atlit yang kena selsema dan batuk. Kasut memang tak berpeluang nak kering. Padang dah jadi macam bendang, sentiasa basah disebabkan hujan. Itu lah di antara cabaran yang dihadapi oleh semua kontinjen sepanjang berada di WP Labuan ni selain daripada cabaran dan saingan yang dihadapi dalam usaha memburu pingat dengan mempamerkan prestasi yang baik di shooting line.


Dah banyak cerita pasal dugaan dan cabaran, sekarang cerita pasal prestasi pasukan MSS Selangor pulak. Hari sighters, nampaknya setiap kontinjen ada kelebihan masing2. Terasa kuatnya persaingan kali ni. Kategori bwh 12 tahun cukup hebat persaingan. Jarak paling jauh 30m yang baru kali ke dua dipertandingkan di peringkat MSSM dah nampak macam bukan jarak yang jauh untuk kategori bwh 12 tahun. Boleh dikatakan di setiap target butt tu pemanah buat grouping di area kuning(mata 9, 10 dan X). Sama jugak untuk kategori lain, persaingan nampak cukup hebat. Bila dalam keadaan macam ni, ketahanan mental pemanah tu sendiri akan menjadi faktor penting dalam memastikan pemanah tu sentiasa dapat mengekalkan dan meningkatkan prestasi masing-masing. Itu lah yang sentiasa ditekankan kepada pemanah2 MSSS. Alhamdulillah, pemanah2 MSSS ni kebanyakkannya dah biasa dengan situasi macam ni. Cuma ada jugak la segelintir pemanah yang agak takut, gugup bila berhadapan dengan suasana pertandingan di peringkat MSSM ni.



Hari pertandingan, 3-7 Jun, pemanah2 MSSS berjuang habis-habisan untuk memburu pingat. Paling menyerlah, pemanah lelaki bwh 12 tahun, Pavitharan yang berjaya menyumbangkan 4 pingat emas untuk kontinjen MSSS iaitu untuk jarak 30m, 15m, berpasukan dan individu keseluruhan. Keseluruhannya kontinjen MSSS mendapat 6 pingat emas, 10 pingat perak dan 11 pingat gangsa yang membawa kepada kedudukan ke-2 keseluruhan, di bawah kontinjen MSS Johor yang menjadi johan untuk kali yang ke-2 pada tahun ini. Maknanya pencapaian MSSS sama jugak macam tahun lepas, dan kali ke-3 berturut-turut MSSS di tempat ke-2. Tapi agak terkilan jugak la sebab ada di antara pemanah MSSS yang pulang tanpa mendapat sebarang pingat. Pusingan olimpik individu dan berpasukan pun kurang menyumbangkan pingat pada tahun ini. Paling bertahan pun cuma pemanah2 lelaki bawah 18 tahun yang mendapat tempat ke-2 pusingan olimpik berpasukan, tewas kepada Pasukan MSS Johor. di peringkat akhir. Nak buat macam mana. Tapi sistem kiraan mata digunapakai untuk menentukan ranking setiap pasukan. Sekurang-kurangnya semua atlit memberikan sumbangan dan memainkan peranan dalam menaikkan ranking MSS Selangor ke tempat ke-2. Kalah tipis dengan Johor yang menjadi johan keseluruhan. Apa pun, terima kasih dan tahniah kepada kontinjen memanah MSSS yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam kejohanan memanah MSSM pada tahun ini. Terima kasih jugak kepada pihak pengurusan kontinjen yang berjaya menguruskan kontinjen dengan baik dan memberi keselesaan kepada semua pegawai dan atlit sepanjang berada di Labuan. Terima kasih...

2 memanah:

puan farah berkata...
16 Jun 2009 pada 8:20 PG

wah besh r memanah ni. sbnrnye pnh jd cita2 n nk jadikan feveret tp xtau mane nk cari tmpt aktiviti memanah tu

Izwan Raffie berkata...
17 Jun 2009 pada 10:48 PG

memang besh pn, sekali dh involve dlm sukan ni mmg dh x bleh nk tinggal..klu tmpt2 aktiviti memanah kt selangor ni sy tau ar, ade indoor n outdoor, recurve n compound, klu ade equipment sndiri senang la, byk tmpat bleh shoot, klu xde shoot kt indoor je la mcm kt sunway pyramid or genting tu, so klu rase2 nk blaja bgtau la sy..

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark