Soalan pasal toleransi


1. Apa makna toleransi?
2. Adakah toleransi tu wujud dalam diri semua orang ataupun cuma orang2 tertentu je yang ada sikap macam tu?
3. Adakah sikap selalu bertoleransi tu lebih membawa kebaikan atau keburukan pada orang
yang berpegang dengannya?

Saje aku nak tulis pasal toleransi ni. Sebabnya? sebab perkataan tu ada kaitan dengan situasi aku sekarang ni. Situasi yang silap2 haribulan boleh meledakkan sesuatu yang dah lama terpendam bak kata exist dalam lagu 'diammu gunung berapi' tu.

Cakap pasal komuniti kerja pulak. Bagi aku sikap dan perangai manusia dalam komuniti kerja ni ada 3 kumpulan utama. Satu, kumpulan yang pikirkan kepentingan diri sendiri je, tak peduli dah pasal orang lain, yang penting dia dapat kedudukan yang baik dan selesa dulu. Birapun nampak macam dia buat sesuatu yang hebat untuk orang lain tapi sebenarnya semua tu strategi serampang dua mata, atau bermata-mata.

Dua, kumpulan yang kadang2 berkorban untuk orang lain dan kadang kadang orang lain kena berkorban untuk diri dia jugak. Pandai jaga hati orang lain dan bila buat kerja tu ikhlas. Tak berkira sangat. Senang nak mintak tolong tapi ada ketegasan dan kumpulan ni jugak ada yang cenderung kepada kumpulan yang pertama tadi dan ada yang lebih cenderung dengan kumpulan yang ketiga iaitu kumpulan yang macam takde ego langsung. Sanggup je buat kerja untuk orang lain walaupun diri sendiri tak tentu hala lagi. Memang betul2 lilin yang bakar diri sendiri. Jenis yang macam ni memang orang lain akan selalu ambil kesempatan terutama daripada kumpulan yang pertama tadi.

Dalam suasana kerja sekarang ni, kita bukannya dalam satu kumpulan yang sama. Macam2 jenis perangai. Macammana nak seimbangkan semua tu supaya terjalin suasana harmoni dalam berkerja? Di sini la sebenarnya toleransi tu perlu wujud. Ok, balik pada soalan mula2 tadi. Apa makna toleransi?

Toleransi : Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi menggelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

Toleransi sebagai satu sikap pegangan kehidupan dalam masyarakat memberi erti tidak idealisme, tidak fanatik, tidak selfish atau mementingkan diri sendiri; mempunyai sikap keterbukaan, realistik, muafakat, tolak ansur, sabar dan menghormati hak orang lain. Orang yang mengamalkan sikap toleransi berupaya menanggung sesuatu tekanan atau berupaya menerima kesusahan dan kritikan, boleh berkorban untuk orang lain dan bersikap terbuka dan lapang dada. Ciri-ciri tersebut adalah penting dihayati dalam sesuatu komuniti supaya keharmonian dapat dicapai.

Bincang pasal soalan kedua pulak. Aku rasa aku memang tergolong dalam orang yang ada sikap toleransi ni. Tapi ade ke orang yang langsung tak pandai nak bertoleransi? masalah kalau kena kerja dengan orang2 yang macam ni. Rasanya tak kan..kalau terlalu ego dan terlalu tak sedar diri pun sikit sebanyak kena ada jugak toleransi tu. Bukan duduk dalam hutan sorang2. Cuma susahnya nak dizahirkan sikap tu pada orang lain. Mengalah tapi tak ihklas. Cakap belakang. Timbul fitnah pulak. Ni la bahananya kalau ada jenis yang macam ni dalam komuniti kerja ni.

Last, soalan nombor tiga. Cerita pengalaman aku. Satu masa dulu aku ni boleh dikatakan agak cenderung kepada kumpulan ke tiga tadi. Susah aku nak kata tidak bila orang mintak tolong walaupun kewajaran nak diberi pertolongan tu takde langsung dan disebabkan sikap aku yang terlalu bertoleransi tu, aku jadi macam orang yang gagal, gagal dalam konsep keseimbangan hidup. Sekarang ni bagi aku nak bertoleransi tu biar bertempat, jangan sampai memakan diri, jangan sampai orang nampak kita macam takde pendirian, ketegasan dan maruah. Memang kadang-kadang menyakitkan hati bila selalu bertoleransi ni, tapi biar tegas dalam berlembut dan aku rasa aku dah semakin baik dengan amalan macam tu terutamanya dalam seminggu dua ni, kalau tidak...

0 memanah:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark