Selesai Perkhemahan Unit Beruniform

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah perkhemahan unit-unit beruniform sekolah aku pada 5 Julai 2009 yang lepas. Bagi aku sendiri, aku rasa puas hati dapat menyelaraskan kem tahun sebab :

1. Penyertaan murid memang amat menggalakkan, sampai aku kena reject permohonan beberapa orang murid sebab dah ramai sangat

2. sokongan padu dan mantap dari kawan-kawan dan pihak pentadbir sendiri

3. Perjalanan aktiviti yang lancar dan teratur, semua on time dan ikut jadual kecuali slot ikatan dan simpulan yang tak sempat nak buat

4. Tak ada sebarang masalah dalam perjalanan aktiviti, peserta pun semua ok, walaupun ramai yang baru first time terlibat dengan aktiviti perkhemahan ni

5. Selain daripada aktiviti yang menarik, peserta dapat mengalami keadaan cuaca yang tak menentu, panas terik, angin kencang dan hujan lebat sepanjang tiga hari perkhemahan,haha..bukan senang nak dapat pengalaman berpindah ke pusat pemindahan yang selamat dalam berkhemah sebab masalah cuaca pukul 3.30 pagi..Alhamdulillah tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku

6. Aku berjaya walaupun cuma diberi masa 2 minggu, secara mengejut pulak tu, untuk menyelaraskan kem kali ni. Terima kasih buat kawan-kawan, jawatankuasa-jawatankuasa perkhemahan yang banyak bagi sokongan dan bantuan sepanjang perjalanan kem ni. Insya Allah kalau aku tak ke mana-mana, tahun depan kita jumpa lagi, haha..

Dah habis berkhemah ni, skg aku kena balik pada sukan memanah aku, dan sepanjang bulan Julai ni, aktiviti aku yang melibatkan sukan memanah :

1. Latihan pusat memanah Sukan Selangor
2. Sukan Selangor
3. Klinik memanah untuk murid2 SMK Ideal Heights
4. Latihan memanah SKBBS

3 memanah:

Tanpa Nama berkata...
6 Julai 2009 pada 10:53 PTG

best and da best

Tanpa Nama berkata...
6 Julai 2009 pada 11:11 PTG

thanks..

cpj berkata...
7 Julai 2009 pada 10:27 PTG

Tahniah cikgu izwan kerana anda telah berjaya menabur jasa...bukan semua orang faham tentang outdoor...sekiranya dirancang dengan baik outdoor amat bermakna dalam membina seorang insan...
teruskan perjuangan anda, niat biar ikhlas, insyaAllah akan ada ganjarannya...
p/s terima kasih kerana ziarah blog saya...saya sangat menghargainya...

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark