MERDEKA!













SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52 TAHUN

MERDEKA!


Hari ni 31 Ogos 2009. Hari sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 52. Cuma beberapa persoalan kerapkali muncul tiap kali tibanya sambutan ulangtahun kemerdekan saban tahun...Adakah kemerdekaan itu benar2 dihayati dan disyukuri? Negara kita telah diisyhtiharkan merdeka 52 tahun yang lepas. Persekutuan Tanah Melayu bebas dari belenggu penjajah pada tanggal 31 Ogos 1957. Pastinya setiap orang ketika itu merasai perit jerih membebaskan tanahair dari penjajahan hinggakan mereka sanggup berkorban harta dan nyawa demi untuk melihat tanahair sendiri bebas merdeka 52 tahun dahulu..
Sekarang kita adalah Malaysia, 1 Malaysia, sebuah negara majmuk yang telah menjadi sebuah negara termaju di kalangan negara membangun. Pemimpin kita silih berganti. Pelbagai pelan dan dasar dirancang dan dilaksana untuk memastikan Malaysia terus mampu bersaing di peringkat global dalam segenap aspek. Pelbagai sektor diwujudkan untuk membuka peluang kepada mereka yang mahu merebut peluang. Saban hari sumber kekayaan negara makin diteroka dan saban hari juga pelbagai pihak makin rakus untuk mencipta kekayaan diracun dengan sikap busuk tamak dan hasad dengki walaupun di kalangan saudara yang sebangsa dan seagama. Sikap hasad dengki yang terus menular secara halus sehingga menggugat semangat yang satu ketika dulu begitu kukuh dikalangan kita sehingga mampu menghalau penjajah dari tanahair sendiri.
Sekarang kita mampu mencorak pentadbiran di negara kita sendiri mengikut acuan kita sendiri. Cuma adakah acuan kita itu akan terus kekal dalam bentuknya tanpa berubah kepada bentuk yang satu ketika dulu pernah membelenggu kita? Adakah semua warganegara kita ini sedar dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar warganegara Malaysia yang merdeka? Adakah acuan kita itu akan terus kukuh tatkala ramai warganya yang alpa dan leka mengejar kemajuan di dalam persaingan dunia tanpa sempadan?
Selepas 52 tahun kita mencorak pentadbiran negara dengan sistem kita sendiri, adakah kita sudah bersedia untuk mewariskan negara yang bergema dengan laungan merdeka pada hari ini kepada pemimpin generasi yang berikutnya?
Adakah untuk 52 tahun mendatang kita akan terus berupaya mengekalkan keseimbangan cara hidup kita walaupun kita diasak dari segenap penjuru oleh sesuatu yang berpaksikan kemodenan dan kemajuan?
Adakah kita akan mampu untuk membentuk warga negara pewaris bangsa yang terus bersyukur, jujur dan ikhlas untuk terus mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukunegara?
adakah kita sudah boleh berbangga dengan pencapaian kita sekarang? Berbaloikah dengan darah yang ditumpahkan oleh pejuang kita satu masa dulu semata-mata untuk mewariskan sebuah negara yang bebas merdeka kepada kita?
Saje nak share, Utusan Malaysia hari ni melaporkan Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.
Besar tanggungjawab kita.
Sekadar luahan cetusan rasa petang Isnin ni, sementara menunggu waktu yang sesuai nak pegi bazar ramadhan...

0 memanah:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark