Sehari di Kuala Kangsar

Salam. Sabtu 5hb September 2009, aktiviti aku bermula sepertimana hari2 cuti hujung minggu aku yang lain. Lepas sahur, lepak jap depan tv smpai waktu subuh, sembahyang pastu sambung tidur balik sampai pening kepala atau rasa nak termuntah...dalam pukul 12 ke atas la tu.

Bangun je tidur, aku on laptop, nak bace paper online jap sementara kepala ni ambil masa nak stabil balik. Masa dok online tu aku ada baca satu artikel pasal cuti2 malaysia, macam best je, aku tak pasti masa tu kepala aku dah boleh berfikir dengan waras atau tak sbb tiba2 je aku rasa aku pun nak pegi cuti2 malaysia memandangkan minggu ni aku ada cuti 3 hari sampai Isnin.

Aku pun tutup laptop, bukak almari baju, tengok baju2 aku pn dah siap sedia macam memanggil2 je suruh aku lipat2 masuk dalam beg, so aku terus ambil beg Deuter kesayangan aku tu, lipat beberapa helai pakaian yang aku rasa perlu, masukkan dalam beg dan terus mandi dengan sikit2 rasa confuse dalam kepala.

Lepas zohor, aku galas beg dan duduk depan tv jap. Masa tu aku perasan housemate aku yang tengah terbaring tengok tv pun confuse jgk macam aku. Dia tanya aku nak pegi mana. Aku cakap entah. Aku sendiri pun tak tau nak pegi mana. Memang sebenarnya aku sendiri tak tau nak pegi mana walaupun aku dah siap kemaskan keperluan aku untuk bercuti sehari dua. Memang aku selalu mcm tu. Kadang2 masa tengah drive tu baru aku buat keputusan nak pegi mana dan kadang2 jugak keputusan aku tu boleh berubah dengan serta-merta tanpa perancangan awal.

Pikir2, nak balik kampung minggu lepas dah balik masa cuti sekolah, tak lama lagi pn nak balik lagi sebab cuti raya. Nak pegi cameron? mcm tak best je sbb sorang member tu dah takde kat situ, dia dh pegi belajar..Langkawi? jauhnye..lagipn musim banjir, ke arah selatan plk? memang aku teringin nak ke Johor, tempat belajar dulu tp jauh sgt jugak..sabah sarawak memang dah terkeluar dr senarai sebab bukan cuti panjang pn, lgpun bkn boleh drive sendiri pegi sana...last2 aku buat keputusan aku nak pegi melawat tempat lama aku dulu je, tempat aku belajar masa sekolah menengah dulu, Bandar DiRaja Perak, Kuala Kangsar...

Aku pun galas beg keluar rumah sambil housemate aku buat muka macam org yang malas nak melayan perangai aku. Senang cakap dalam kepala dia mesti kata 'lantak engkau la..' pukul 3.00 ptg, aku pun memulakan perjalanan aku menuju ke Kuala Kangsar...

Lebih kurang jam 6.00, aku pun sampai di Kuala Kangsar, macam2 perasaan yang aku rasa bila sampai di Kuala Kangsar ni, seronok, terharu, confuse, hehe...sebabnya aku tak plan ape2 pn nak ke sini, aku tak survey pn tempat2 penginapan yang ada kat sini, main redah je...nasib baik la bila sampai di tengah2 pekan tu aku nampak ada satu bangunan yang agak tinggi tertulis perkataan 'HOTEL'. So aku pun terus menghala ke situ dan bila sampai di situ baru nampak lebih jelas nama hotel tu, Hotel Kangsar.

Lepas park kereta, aku masuk tanya bilik dan alhamdulillah, ada bilik yang kosong, harga RM80, aku malas nak pegi tengok tempat penginapan lain, terus je check in kat situ. Lagi satu yang bestnya kat hotel ni boleh online sebab ada wi-fi. Yang tak bestnya masa aku nak ambil barang2 aku dalam kereta, baru aku perasan yang aku tetinggal beg laptop aku kat rumah, ceh!! frust gile aku padahal masa aku kemas baju2 kat rumah tadi memang aku dah masukkan laptop dalam beg bersama2 dengan charger2 hanset, kamera dan beberapa kabel lain untuk operasi transfering dari beberapa gajet yang aku bwk. Ape nak buat, nasib baik ade astro kat bilik, layan tv je la nampaknya.

Jam 6.30, pegi bazar ramadahan di kawasan berhampiran tebing sungai perak, ape nama tempat tu aku lupa dah, beli ape2 yang patut, pegi pusing2 jap di kawasan Bukit Chandan yang banyak nostalgia bagi aku, pastu terus balik ke hotel mengunggu waktu berbuka. Malam tu harapan aku nak bertarawih di masjid ubudiah terlepas mcm tu je sbb lepas maghrib aku dah terlelap...

Ahad, aku lepak kat bilik je pagi tu sambil tengok tv, pukul 10.30 aku check out dari hotel tu dan terus ke Bukit Chandan. Ada 4 tempat yang aku nak tengok dan ambil gambar:

Masjid Ubudiah


Istana Kenangan


Istana Iskandariah


dan satu tempat lagi yang terletak berhadapan dengan Masjid Ubudiah tu,
Madrasah Idrisiah


sekolah agama yang dibina pada tahun 1922, wakaf Almarhum Sultan Idris Mursyidul Azam Shah yang merupakan sekolah tempat aku belajar satu ketika dulu...bila tengok budak2 Idrisiah ni teringat kawan2 lama aku dulu yang sekarang ni entah kat mana la diaorang. Megat, Meor, Siddiqi, Juzaili, Muammar, Amin, Shahrul Nizam, Khir dan ramai lagi la, huhuhu....

Selepas beberapa lama mengimbau nostalgia di Bukit Chandan dan selepas sembahyang di Ubudiah, aku balik semula ke bandar Kuala Kangsar dan ambil beberapa keping gambar di sekitar Kuala Kangsar ni antaranya beberapa bangunan menarik seperti Galeri Sultan Azlan Shah yang dulunya Sekolah Raja Perempuan Muzwin, menara jam dan bangunan MCKK.


Pukul 2.30 ptg aku rasa dah tak tau nak ke mana2 lagi, lagipun bateri kamera aku dah low sangat, charger plk tetinggal kat rumah, aku pun drive menghala ke highway dan balik semula ke Selayang...

0 memanah:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark