JOM BELI BARANG RAYA @ PUTRAJAYA


Tarikh : 11-13 September 2009
Masa : 10.00 pagi – 9.00 malam
Tempat : Berhadapan Bazaar Ramadhan,
Presint 2, Putrajaya

Hari ni pukul 10.30 pagi aku dah gerak ke Putrajaya, saje je nak ushar2 kat ekspo anjuran KPDNKK tu, lagipun aku memang takde ape2 plan nak buat keje lain hari ni, tinggal nak basuh baju je...so, kira ok la aku luangkan masa aku pagi ni nak shopping2 jap sempena nak raya ni.

Sesampainya aku di lokasi, memang dah ramai orang, maklum la cuti, kereta dah pun berderet di tepi2 jalan, parking yang berdekatan pun dah penuh, terpaksalah aku ke kawasan parking yang agak jauh sikit, bersebelahan dengan bazaar ramadhan presint 2... lagipun hari ni hari terakhir ekspo ni, memang la berduyun-duyun orang datang, aku pun sebenarnya datang ni sebab terpengaruh bila baca forum2 kat internet pasal ekspo ni semalam, maka pagi ni dengan aku-aku sekali termasuk dalam kumpulan manusia yang berduyunan di ekspo tu...

Dalam suasana kesibukan orang ramai yang membeli-belah tu, aku cuma beli sikit kuih raya, biskut2 dan kerepek untuk keperluan raya nanti je, pastu beli beberapa pek coklat cadbury, murah sebab barang terus dari kilang...nak beli baju t-shirt atau kemeja nampaknya mcm dah out of stock, saiz aku dah takde, pastu teringin jugak nak beli kasut adidas yang ade less 30%, tapi pikir2 balik tak payah la, dah 3-4 pasang kasut sukan aku kat rumah, bukan pakai sangat pun..

Aku malas nak cerita panjang, kesimpulannya program anjuran KPDNKK ni ok la, barang2 memang agak murah berbanding yang ada di pasaran..macam2 ada, daripada kuih raya, chocolate, pelbagai jenis minuman, barangan hiasan, perabot, barangan kulit, handphone, baju, kasut dan macam2 lagi la barangan daripada pelbagai jenama. Harap2 lepas ni program2 macam ni akan diteruskan dan diperluaskan lagi ke tempat2 lain untuk kemudahan para pengguna...


0 memanah:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark