Konvensyen Pembangunan Sukan Selangor

Salam. Minggu ni dh masuk minggu yang ke5 cuti sekolah, sedar tak sedar minggu depan dah sibuk dgn meeting dan persiapan untuk sesi persekolahan 2010. Cuti sekolah kali ni aku rasa aku tak la terlalu meluangkan masa dengan aktiviti-aktiviti tanpa arah tuju yang biasanya aku buat masa cuti2 panjang yang lain, banyak la aktiviti yang terancang. Salah satunya ialah Konvensyen Pembangunan Sukan anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor yang diadakan di Genting Highlands pada 15-17 November yang lepas.

Konvensyen yang diadakan bertujuan untuk membincangkan halatuju pembangunan sukan di negeri Selangor di samping perbincangan dan pembentangan beberapa isu seperti program persediaan SUKMA, pengelolaan Sukan Selangor dan pembangunan sukan Majlis Sukan Daerah di bawah PBT. Sebenarnya konvensyen ni terbahagi kepada 2 kumpulan, satu kumpulan lagi untuk jurulatih di mana peserta berbincang tentang analisis atlet dalam psikologi sukan, pemakanan sukan, biomekanik, advance healing dan pelan latihan. Konvensyen dikendalikan oleh pegawai2 daripada MSNS sendiri di samping penceramah jemputan daripada Korean Institute of Sports Science(KISS).

Aku mewakili Persatuan Memanah Selangor dengan 4 lagi orang kuat persatuan iaitu En. Amran, En. Thyaga, En. Mazlan(Gombak), dan En, Mazlan(Hulu Langat). Sebenarnya aku ingat nak pegi rileks2 kat puncak genting tu rupanya Genting View Resort tempat penginapan kitorang tu cuma separuh jalan je, bawah lagi daripada tempat cable car tu, tapi ok jgk la, rasanya klu nak honeymoon best jgk tempat tu, hehe..(awal2 dh survey)

0 memanah:

Catat Ulasan

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark