

@Memanah ATM Open 2009
dicatat oleh Izwan Raffie pada 6:42 PTGPagi ni aku pegi sekolah lagi, semalam ada mesyuarat guru2 dan mesyuarat kurikulum, hari ni mesyuarat HEM dan kokurikulum plak, kwn2 aku masuk mesyuarat dengan fail kt tangan, aku yang datang melenggang awal2 dh kena dgn diorang...pantang nampak aku salah sikit, ye la, semalam aku dengan semangatnya membuat kenyataan kat diorang yang aku akan buat anjakan paradigma dari segi kerja aku, aku akan jadi lebih rajin, cekap dan bersistematik untuk sesi persekolahan yang akan datang ni, hehe..
Abis meeting, mcm biasa, mamak time..maju meera jd pilihan hati, kat situ dpt diskaun memanjang. Aku, syah, sanusi dan sahak duduk sambil membincangkan pelbagai isu semasa yang terdapat di dada akhbar yang dibawa bersama dengan cukup serius sambil menghirup nescaffe tarik, dan sedikit buih kelihatan di bibir setiap kali selepas menghirup dengan berhati2, dan sesekali menghisap dan menghembus asap rokok dengan cukup yakin. Selepas lebih 1 jam perbualan dan perbincangan, dan selepas cukup berpuas hati dengan setiap hasil perbincangan tu kami pun beransur keluar dari maju meera dengan wajah ceria, kecuali sanusi sebab dia kena bayar, haha..
Abis sesi kedai mamak aku dah buntu tak tau nak buat apa, aku kena cari satu aktiviti yang best untuk isi masa lapang aku selain daripada menjana taik mata kat rumah, lepas beberapa ketika terpusing2 kat roundabout bandar baru ni, aku ambil keputusan nak tengok orang memanah kat padang MSN Keramat. Ada kejohanan memanah terbuka ATM kat situ. Semalam cikgu mazlan dh call aku ajak pegi sana tp aku bg alasan penat sebab baru abis meeting, hari ni aku call dia, dia kata tak dpt nak join, alasan dia sama mcm alasan yang aku bg kat dia semalam, ceh. Sampai kat sana aku jumpa ramai la jgk kenalan2 dalam sukan memanah ni, budak2 yang aku kenal pn ramai jgk yg terlibat sama. Aku pn lepak kat kerusi, borak2 dan ambil gambar, maka tercapai la objektif untuk isi masa lapang aku petang ni dengan aktiviti yang best, kan cekap dan bersistematik tu, haha..


Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 memanah:
Catat Ulasan