

@Memanah ATM Open 2009
dicatat oleh Izwan Raffie pada 6:42 PTGPagi ni aku pegi sekolah lagi, semalam ada mesyuarat guru2 dan mesyuarat kurikulum, hari ni mesyuarat HEM dan kokurikulum plak, kwn2 aku masuk mesyuarat dengan fail kt tangan, aku yang datang melenggang awal2 dh kena dgn diorang...pantang nampak aku salah sikit, ye la, semalam aku dengan semangatnya membuat kenyataan kat diorang yang aku akan buat anjakan paradigma dari segi kerja aku, aku akan jadi lebih rajin, cekap dan bersistematik untuk sesi persekolahan yang akan datang ni, hehe..
Abis meeting, mcm biasa, mamak time..maju meera jd pilihan hati, kat situ dpt diskaun memanjang. Aku, syah, sanusi dan sahak duduk sambil membincangkan pelbagai isu semasa yang terdapat di dada akhbar yang dibawa bersama dengan cukup serius sambil menghirup nescaffe tarik, dan sedikit buih kelihatan di bibir setiap kali selepas menghirup dengan berhati2, dan sesekali menghisap dan menghembus asap rokok dengan cukup yakin. Selepas lebih 1 jam perbualan dan perbincangan, dan selepas cukup berpuas hati dengan setiap hasil perbincangan tu kami pun beransur keluar dari maju meera dengan wajah ceria, kecuali sanusi sebab dia kena bayar, haha..
Abis sesi kedai mamak aku dah buntu tak tau nak buat apa, aku kena cari satu aktiviti yang best untuk isi masa lapang aku selain daripada menjana taik mata kat rumah, lepas beberapa ketika terpusing2 kat roundabout bandar baru ni, aku ambil keputusan nak tengok orang memanah kat padang MSN Keramat. Ada kejohanan memanah terbuka ATM kat situ. Semalam cikgu mazlan dh call aku ajak pegi sana tp aku bg alasan penat sebab baru abis meeting, hari ni aku call dia, dia kata tak dpt nak join, alasan dia sama mcm alasan yang aku bg kat dia semalam, ceh. Sampai kat sana aku jumpa ramai la jgk kenalan2 dalam sukan memanah ni, budak2 yang aku kenal pn ramai jgk yg terlibat sama. Aku pn lepak kat kerusi, borak2 dan ambil gambar, maka tercapai la objektif untuk isi masa lapang aku petang ni dengan aktiviti yang best, kan cekap dan bersistematik tu, haha..


Konvensyen Pembangunan Sukan Selangor
dicatat oleh Izwan Raffie pada 7:00 PG
Konvensyen yang diadakan bertujuan untuk membincangkan halatuju pembangunan sukan di negeri Selangor di samping perbincangan dan pembentangan beberapa isu seperti program persediaan SUKMA, pengelolaan Sukan Selangor dan pembangunan sukan Majlis Sukan Daerah di bawah PBT. Sebenarnya konvensyen ni terbahagi kepada 2 kumpulan, satu kumpulan lagi untuk jurulatih di mana peserta berbincang tentang analisis atlet dalam psikologi sukan, pemakanan sukan, biomekanik, advance healing dan pelan latihan. Konvensyen dikendalikan oleh pegawai2 daripada MSNS sendiri di samping penceramah jemputan daripada Korean Institute of Sports Science(KISS).
Aku mewakili Persatuan Memanah Selangor dengan 4 lagi orang kuat persatuan iaitu En. Amran, En. Thyaga, En. Mazlan(Gombak), dan En, Mazlan(Hulu Langat). Sebenarnya aku ingat nak pegi rileks2 kat puncak genting tu rupanya Genting View Resort tempat penginapan kitorang tu cuma separuh jalan je, bawah lagi daripada tempat cable car tu, tapi ok jgk la, rasanya klu nak honeymoon best jgk tempat tu, hehe..(awal2 dh survey)
Latihan pasukan memanah
dicatat oleh Izwan Raffie pada 12:19 PTG
Kalau tgk tajuk entri aku tu mcm ramai je yang berlatih waktu cuti ni, tapi...pagi ni tu lah satu-satunya pemanah aku yang terselamat daripada godaan tilam dan bantal busuk kat rumah. Macam tu la yang berlaku tiap-tiap kali aku buat latihan waktu cuti, ok la tu, hari pertama, lepas2 ni bertambah la lagi..
Aku ni nak tak nak memang kena teruskan latihan sebab tahun depan kejohanan memanah awal, bulan satu dah start peringkat daerah, budak2 aku pulak baru je mula nak belajar, sebab tu la kalau ade sorang pun aku kena buat jugak, harap2 ada hasil yang baik la untuk kejohanan tahun depan..caiyok coach!!
Aku ni nak tak nak memang kena teruskan latihan sebab tahun depan kejohanan memanah awal, bulan satu dah start peringkat daerah, budak2 aku pulak baru je mula nak belajar, sebab tu la kalau ade sorang pun aku kena buat jugak, harap2 ada hasil yang baik la untuk kejohanan tahun depan..caiyok coach!!
Saat-saat yang mencabar
dicatat oleh Izwan Raffie pada 8:15 PTG
Salam, dh lama sangat aku tak update blog aku ni, sebenarnya malas jgk aku nak update ari ni, tp bila aku pegi kat blog skolah aku dan tgk site kwn2 yang di link kan kat situ, blog aku ni je yang dah bebulan dgn tajuk yang sama, buat malu aku je, hehe..
teknik balutan, selain gunakan bandage tu masa kursus ni diajar jgk cmne nak gunakan straple ngan underwrap di bahagian ankle, knee, wrist dan shoulder

Antara ubat-ubatan yang biasa digunakan dalam pengurusan kecederaan dalam sukan

Yang ni best, mengurut dan diurut, lower body, upper body, refleksologi, zahir, batin semua ada, haha..
klu agak2 nak try ckap je kat aku, tp aku buat sport massage je la, yg lain2 tu aku tak khatam lg
Aku update ni pun sebnarnye nk upload gambar je, asyik tgk gambar kat putrajaya je (kata seseorang tu la..) ni gmbar mse aku pegi kursus yang tajuk dia ada kat dlm gmbar tu, dah lama aku tak pegi kursus mcm tu, blajar kemahiran2 baru dalam sukan, thanks to PT memanah MSSS, Mr. Thyaga yang offer aku utk pegi kursus tu yang dianjurkan oleh JPNS dgn kerjasama MSN Selangor, selain daripada aku yang mewakili memanah, peserta2 lain masing2 mewakili sukan2 yang ada dalam kalendar MSSM


Antara ubat-ubatan yang biasa digunakan dalam pengurusan kecederaan dalam sukan

Yang ni best, mengurut dan diurut, lower body, upper body, refleksologi, zahir, batin semua ada, haha..
klu agak2 nak try ckap je kat aku, tp aku buat sport massage je la, yg lain2 tu aku tak khatam lg
Ok, skg baru cerita pasal tajuk yang mcm tak relevan langsung dengan gmbar2 kat atas, sebenarnya tajuk tu maksudnya skg ni aku tengah berhadapan dengan situasi yang mencabar memandangkan takde ape nak buat masa cuti ni, aku tak boleh la klu cuti panjang ni, tension, takkan nak duduk kampung je, sbb tu aku jadikan apa yang aku alami skg sebagai tajuk kali ni, hehe..salam
Langgan:
Catatan (Atom)
