Soalan pasal toleransi


1. Apa makna toleransi?
2. Adakah toleransi tu wujud dalam diri semua orang ataupun cuma orang2 tertentu je yang ada sikap macam tu?
3. Adakah sikap selalu bertoleransi tu lebih membawa kebaikan atau keburukan pada orang
yang berpegang dengannya?

Saje aku nak tulis pasal toleransi ni. Sebabnya? sebab perkataan tu ada kaitan dengan situasi aku sekarang ni. Situasi yang silap2 haribulan boleh meledakkan sesuatu yang dah lama terpendam bak kata exist dalam lagu 'diammu gunung berapi' tu.

Cakap pasal komuniti kerja pulak. Bagi aku sikap dan perangai manusia dalam komuniti kerja ni ada 3 kumpulan utama. Satu, kumpulan yang pikirkan kepentingan diri sendiri je, tak peduli dah pasal orang lain, yang penting dia dapat kedudukan yang baik dan selesa dulu. Birapun nampak macam dia buat sesuatu yang hebat untuk orang lain tapi sebenarnya semua tu strategi serampang dua mata, atau bermata-mata.

Dua, kumpulan yang kadang2 berkorban untuk orang lain dan kadang kadang orang lain kena berkorban untuk diri dia jugak. Pandai jaga hati orang lain dan bila buat kerja tu ikhlas. Tak berkira sangat. Senang nak mintak tolong tapi ada ketegasan dan kumpulan ni jugak ada yang cenderung kepada kumpulan yang pertama tadi dan ada yang lebih cenderung dengan kumpulan yang ketiga iaitu kumpulan yang macam takde ego langsung. Sanggup je buat kerja untuk orang lain walaupun diri sendiri tak tentu hala lagi. Memang betul2 lilin yang bakar diri sendiri. Jenis yang macam ni memang orang lain akan selalu ambil kesempatan terutama daripada kumpulan yang pertama tadi.

Dalam suasana kerja sekarang ni, kita bukannya dalam satu kumpulan yang sama. Macam2 jenis perangai. Macammana nak seimbangkan semua tu supaya terjalin suasana harmoni dalam berkerja? Di sini la sebenarnya toleransi tu perlu wujud. Ok, balik pada soalan mula2 tadi. Apa makna toleransi?

Toleransi : Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi menggelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

Toleransi sebagai satu sikap pegangan kehidupan dalam masyarakat memberi erti tidak idealisme, tidak fanatik, tidak selfish atau mementingkan diri sendiri; mempunyai sikap keterbukaan, realistik, muafakat, tolak ansur, sabar dan menghormati hak orang lain. Orang yang mengamalkan sikap toleransi berupaya menanggung sesuatu tekanan atau berupaya menerima kesusahan dan kritikan, boleh berkorban untuk orang lain dan bersikap terbuka dan lapang dada. Ciri-ciri tersebut adalah penting dihayati dalam sesuatu komuniti supaya keharmonian dapat dicapai.

Bincang pasal soalan kedua pulak. Aku rasa aku memang tergolong dalam orang yang ada sikap toleransi ni. Tapi ade ke orang yang langsung tak pandai nak bertoleransi? masalah kalau kena kerja dengan orang2 yang macam ni. Rasanya tak kan..kalau terlalu ego dan terlalu tak sedar diri pun sikit sebanyak kena ada jugak toleransi tu. Bukan duduk dalam hutan sorang2. Cuma susahnya nak dizahirkan sikap tu pada orang lain. Mengalah tapi tak ihklas. Cakap belakang. Timbul fitnah pulak. Ni la bahananya kalau ada jenis yang macam ni dalam komuniti kerja ni.

Last, soalan nombor tiga. Cerita pengalaman aku. Satu masa dulu aku ni boleh dikatakan agak cenderung kepada kumpulan ke tiga tadi. Susah aku nak kata tidak bila orang mintak tolong walaupun kewajaran nak diberi pertolongan tu takde langsung dan disebabkan sikap aku yang terlalu bertoleransi tu, aku jadi macam orang yang gagal, gagal dalam konsep keseimbangan hidup. Sekarang ni bagi aku nak bertoleransi tu biar bertempat, jangan sampai memakan diri, jangan sampai orang nampak kita macam takde pendirian, ketegasan dan maruah. Memang kadang-kadang menyakitkan hati bila selalu bertoleransi ni, tapi biar tegas dalam berlembut dan aku rasa aku dah semakin baik dengan amalan macam tu terutamanya dalam seminggu dua ni, kalau tidak...

Nikmatnya kerja..

Cuti pertengahan penggal dah pun abis, orang lain cuti 2 minggu tp aku tinggal seminggu je, seminggu awal tu dah dihabiskan dengan kontinjen memanah di Labuan ari tu. Sepatutnya dalam masa cuti ari tu aku kene abiskan satu tugasan, menanda kertas jawapan exam budak2 kelas yang aku ngajar, tapi memandangkan aku ni jenis yang tak pandai nak siapkan keje awal2, hehe..macam biasa jugak la, famous la aku bila dah bukak skolah balik ni, cikgu2 kelas yang aku ngajar tu mmg masing2 akan cari aku nakkan markah, haha..kat sini la nikmatnya kerja tu. Sebabnye aku blm siapkan lagi markah2 tu dan cikgu2 kelas tu nakkan markah cepat, maka bergelumanglah aku dengan kerja2 menanda kertas jawapan untuk beberapa kelas dalam masa satu hari suntuk. Best..

Yang sebenarnya aku bukan malas nak tanda awal2, ye la, malas tu memang ada, penat..tp disebabkan kerja yang banyak sangat, last2 satu pun aku tak buat. Biar semua orang cari aku, dan sebenarnya aku perlukan tekanan mcm tu baru dapat buat kerja, pelik kan..tak cukup dengan menanda kertas jawapan exam, nak kena siapkan mcm2 kertas kerja, GPK aku pantang nampak aku je skg ni, kena panggil mengadap punya sebab ade program bulan Julai nanti, perkhemahan unit beruniform, pastu nak kene siapkan bajet dan uruskan pasal penyertaan pasukan memanah Gombak ke Sukan Selangor (SUKSES), pun bulan Julai jugak, daerah aku jadi tuan rumah pulak tu, nak melatih budak lagi, tambah pulak dengan kerja2 mengisi mcm2 borang dan tugas rasmi aku dalam kelas tu..

Sebenarnya aku kesian dengan budak2 kelas yang aku ajar, aku kena keluar je manjang, tapi atas urusan rasmi la dan biasanya pasal urusan memanah la, budak2 aku pulak mcm terkontang-kanting je dlm kelas, memang ade cikgu lain yang akan masuk ganti aku tapi aku mcm tak dapat nak bagi sesuatu yang sempurna untuk murid2 aku tu. Mcm tu la yang berlaku tiap2 thn. Tapi nak buat macam mana, dh memang kerja aku mcm tu, memang dah jadi tanggungjawab aku nak kena tingkatkan prestasi budak2 dalam kurikulum dan kokurikulum. Bila time takde keje tu memang la relax sangat, tapi bila sampai musim sibuk tu, rasa macam2 jatuh atas kepala ni.

Tugasan2 mcm ni menyesakkan jugak rasanya, kadang2 tu rasa sonok plk dengan kerja2 yang menimbun ni, tapi alhamdulillah la, belum lagi aku betul2 tak buat satu2 kerja tu disebabkan tension dan kesuntukan masa, aku mcm dh terbiasa dengan cara mcm ni, masih lagi dapat menyerap tekanan dan bebanan kerja tu dengan baik, memang kerja aku last minit, tapi mesti siap punya dan yang penting, kualiti tu tetap ada, dan sebenarnya kat situ la aku rasa nikmatnya kerja aku ni, mcm tu la aku dengan kerjaya cikgu yang dah menjangkau 10 taun ni..

KEJOHANAN MEMANAH MSSM 2009

Tarikh : 1-8 Jun 2009
Tempat : Padang SM Teknik, Wilayah Persekutuan Labuan

Kontinjen Memanah MSS Selangor selamat tiba sepenuhnya di WP Labuan ini pada malam 1 Jun 2009 di Labuan Airport dengan disambut oleh Pegawai Perhubungan kami, En. Azwan. Seterusnya kami dibawa ke tempat penginapan kontinjen di SM Sains Labuan, berdekatan dengan UMS Kampus Antarabangsa Labuan dan menghadap Laut Cina Selatan. Kebanyakan kontinjen menginap di SM Sains dan sebahagian yang lain menginap di SM Teknik yang mejadi venue kejohanan pada kali ini. Bagi aku penginapan kali ni ok jugak la, walaupun rasa macam tak best sebab kena menginap di asrama, bukan di hotel tapi suasana di sini best jugak. Belum pernah aku menginap di asrama berdekatan dengan laut dan pantai ni. Kawasan dia pulak memang tak sibuk. Senang kata tenang dan mendamaikan la..yang tak mendamaikan tu cuma sesetengah perkara di asrama tu sendiri. Biasa la dah duduk ramai2 ni.



Pertama kali bangun pagi di Labuan ni untuk hari pertama kejohanan, terasa macam ada yang tak kena dengan jam. 5.30 pagi suasana sekeliling dah hampir cerah. Macam tak cukup tidur pun ada. Sebabnya bila tidur ikut waktu semenanjung, dalam pukul 12 tapi bila bangun kena ikut waktu di sini, sekitar jam 5.00pg. Kalau lambat maknanya kena queue la nak mandi. Duduk kat asrama ni kena la cepat sesuaikan diri dengan keadaan bilik, tandas dan bilik mandi. Pegawai dan atlit ditempatkan di dua bilik berasingan. Salah satu masalah utama di asrama ni tak lain tak bukan plug untuk charge handphone, haha..dengan jumlah atlit dan pegawai yang beratus orang tu, dan cuma ada dalam 3 plug yang boleh digunakan, maka macam-macam la cara kreatif yang digunakan untuk menyelesaikan masalah tu. Macam mana pun, alhamdulillah, aku tak menghadapi apa2 masalah sepanjang seminggu berada di Labuan ni, samada di tempat penginapan ataupun di padang kejohanan. Secara kebetulan pulak aku berjumpa dengan sepupu aku yang ntah berapa tahun tak pernah jumpa. Abdul Wahab bin Sulaiman, anak Pak Long aku yang menjadi salah seorang ahli jawatankuasa pertandingan pada kali ini. Kira macam cerita jejak kasih la, haha..tu pun nasib baik dia cam aku dan tegur aku dulu. Senang sikit la aku. Ada talian hayat kat sini. Tapi dengan cuaca yang tak menentu, panas terik, berangin, kadang2 hujan lebat, ada di antara atlit yang kena selsema dan batuk. Kasut memang tak berpeluang nak kering. Padang dah jadi macam bendang, sentiasa basah disebabkan hujan. Itu lah di antara cabaran yang dihadapi oleh semua kontinjen sepanjang berada di WP Labuan ni selain daripada cabaran dan saingan yang dihadapi dalam usaha memburu pingat dengan mempamerkan prestasi yang baik di shooting line.


Dah banyak cerita pasal dugaan dan cabaran, sekarang cerita pasal prestasi pasukan MSS Selangor pulak. Hari sighters, nampaknya setiap kontinjen ada kelebihan masing2. Terasa kuatnya persaingan kali ni. Kategori bwh 12 tahun cukup hebat persaingan. Jarak paling jauh 30m yang baru kali ke dua dipertandingkan di peringkat MSSM dah nampak macam bukan jarak yang jauh untuk kategori bwh 12 tahun. Boleh dikatakan di setiap target butt tu pemanah buat grouping di area kuning(mata 9, 10 dan X). Sama jugak untuk kategori lain, persaingan nampak cukup hebat. Bila dalam keadaan macam ni, ketahanan mental pemanah tu sendiri akan menjadi faktor penting dalam memastikan pemanah tu sentiasa dapat mengekalkan dan meningkatkan prestasi masing-masing. Itu lah yang sentiasa ditekankan kepada pemanah2 MSSS. Alhamdulillah, pemanah2 MSSS ni kebanyakkannya dah biasa dengan situasi macam ni. Cuma ada jugak la segelintir pemanah yang agak takut, gugup bila berhadapan dengan suasana pertandingan di peringkat MSSM ni.



Hari pertandingan, 3-7 Jun, pemanah2 MSSS berjuang habis-habisan untuk memburu pingat. Paling menyerlah, pemanah lelaki bwh 12 tahun, Pavitharan yang berjaya menyumbangkan 4 pingat emas untuk kontinjen MSSS iaitu untuk jarak 30m, 15m, berpasukan dan individu keseluruhan. Keseluruhannya kontinjen MSSS mendapat 6 pingat emas, 10 pingat perak dan 11 pingat gangsa yang membawa kepada kedudukan ke-2 keseluruhan, di bawah kontinjen MSS Johor yang menjadi johan untuk kali yang ke-2 pada tahun ini. Maknanya pencapaian MSSS sama jugak macam tahun lepas, dan kali ke-3 berturut-turut MSSS di tempat ke-2. Tapi agak terkilan jugak la sebab ada di antara pemanah MSSS yang pulang tanpa mendapat sebarang pingat. Pusingan olimpik individu dan berpasukan pun kurang menyumbangkan pingat pada tahun ini. Paling bertahan pun cuma pemanah2 lelaki bawah 18 tahun yang mendapat tempat ke-2 pusingan olimpik berpasukan, tewas kepada Pasukan MSS Johor. di peringkat akhir. Nak buat macam mana. Tapi sistem kiraan mata digunapakai untuk menentukan ranking setiap pasukan. Sekurang-kurangnya semua atlit memberikan sumbangan dan memainkan peranan dalam menaikkan ranking MSS Selangor ke tempat ke-2. Kalah tipis dengan Johor yang menjadi johan keseluruhan. Apa pun, terima kasih dan tahniah kepada kontinjen memanah MSSS yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam kejohanan memanah MSSM pada tahun ini. Terima kasih jugak kepada pihak pengurusan kontinjen yang berjaya menguruskan kontinjen dengan baik dan memberi keselesaan kepada semua pegawai dan atlit sepanjang berada di Labuan. Terima kasih...
Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark