MERDEKA!













SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 52 TAHUN

MERDEKA!


Hari ni 31 Ogos 2009. Hari sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 52. Cuma beberapa persoalan kerapkali muncul tiap kali tibanya sambutan ulangtahun kemerdekan saban tahun...Adakah kemerdekaan itu benar2 dihayati dan disyukuri? Negara kita telah diisyhtiharkan merdeka 52 tahun yang lepas. Persekutuan Tanah Melayu bebas dari belenggu penjajah pada tanggal 31 Ogos 1957. Pastinya setiap orang ketika itu merasai perit jerih membebaskan tanahair dari penjajahan hinggakan mereka sanggup berkorban harta dan nyawa demi untuk melihat tanahair sendiri bebas merdeka 52 tahun dahulu..
Sekarang kita adalah Malaysia, 1 Malaysia, sebuah negara majmuk yang telah menjadi sebuah negara termaju di kalangan negara membangun. Pemimpin kita silih berganti. Pelbagai pelan dan dasar dirancang dan dilaksana untuk memastikan Malaysia terus mampu bersaing di peringkat global dalam segenap aspek. Pelbagai sektor diwujudkan untuk membuka peluang kepada mereka yang mahu merebut peluang. Saban hari sumber kekayaan negara makin diteroka dan saban hari juga pelbagai pihak makin rakus untuk mencipta kekayaan diracun dengan sikap busuk tamak dan hasad dengki walaupun di kalangan saudara yang sebangsa dan seagama. Sikap hasad dengki yang terus menular secara halus sehingga menggugat semangat yang satu ketika dulu begitu kukuh dikalangan kita sehingga mampu menghalau penjajah dari tanahair sendiri.
Sekarang kita mampu mencorak pentadbiran di negara kita sendiri mengikut acuan kita sendiri. Cuma adakah acuan kita itu akan terus kekal dalam bentuknya tanpa berubah kepada bentuk yang satu ketika dulu pernah membelenggu kita? Adakah semua warganegara kita ini sedar dan bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar warganegara Malaysia yang merdeka? Adakah acuan kita itu akan terus kukuh tatkala ramai warganya yang alpa dan leka mengejar kemajuan di dalam persaingan dunia tanpa sempadan?
Selepas 52 tahun kita mencorak pentadbiran negara dengan sistem kita sendiri, adakah kita sudah bersedia untuk mewariskan negara yang bergema dengan laungan merdeka pada hari ini kepada pemimpin generasi yang berikutnya?
Adakah untuk 52 tahun mendatang kita akan terus berupaya mengekalkan keseimbangan cara hidup kita walaupun kita diasak dari segenap penjuru oleh sesuatu yang berpaksikan kemodenan dan kemajuan?
Adakah kita akan mampu untuk membentuk warga negara pewaris bangsa yang terus bersyukur, jujur dan ikhlas untuk terus mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran negara berdasarkan prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukunegara?
adakah kita sudah boleh berbangga dengan pencapaian kita sekarang? Berbaloikah dengan darah yang ditumpahkan oleh pejuang kita satu masa dulu semata-mata untuk mewariskan sebuah negara yang bebas merdeka kepada kita?
Saje nak share, Utusan Malaysia hari ni melaporkan Kira-kira 200 orang termasuk 60 remaja wanita ditahan di sekitar Lembah Klang kerana melakukan gejala sosial tidak bermoral dalam “Ops Masih Ada yang Sayang” yang dijalankan sempena ambang kemerdekaan negara ke-52, awal pagi ini.
Besar tanggungjawab kita.
Sekadar luahan cetusan rasa petang Isnin ni, sementara menunggu waktu yang sesuai nak pegi bazar ramadhan...

Puasa@kampung

Salam semua. Hari ni dah masuk 7 Ramadhan, maknanya dah 7 hari kita berpuasa dan ni hari ketiga aku di kampung berpuasa bersama dengan keluargaku tercinta ni sempena cuti pertengahan penggal kedua. Suasana berpuasa di kampung ni memang seronok. Ingat lagi masa kecik2 dulu memang meriah bila bulan puasa ni. Salah satu yang aku suka bila mak suruh hantar kuih atau juadah ke rumah jiran2 bila dah nak dekat waktu berbuka, cuma sekarang ni aku dah tak nampak budaya budaya macam tu kat sini. Mungkin dah tak ramai budak2 yang nak disuruh menghantar juadah ke rumah jiran2 agaknya. Sekarang ni mana ada lagi anak2 peneroka kat kampung aku ni yang kecik2. Yang ada pun cuma cucu2 ataupun generasi ketiga peneroka di sini. Cuma nanti kalau dah dekat2 nak raya baru la rasa meriah dengan suasana budak2 yang berlari2 sana sini di halaman rumah sebab mak dan ayah masing2 beraya di sini.

Hari ni aku macam biasa la dengan aktiviti aku. Lepas sahur dan lepas subuh aku pun melakukan aktiviti kuak lentang individu dalam bilik. Bila rasa boring sangat aku ajak abah, mak dan adik aku keluar ke pekan Sungkai, lepas tu ke pasar beli sotong, nak suruh mak aku masak sotong masak pedas, hehehe..
Lepas balik dari solat jumaat, mak aku kata adik aku kat Shah Alam call kata petang dia dan dua orang lagi adik aku akan balik. Maknanya mlm nanti waktu berbuka cuma kakak aku je la yang takde. Bila dah ramai maknanya persediaan berbuka tu kena lebih la sikit. Tambah2 pulak adik2 aku tu kalau bab makan memang menakutkan. Aku ni je yang amalkan prinsip berhenti sebelum kenyang, hehehe...so, mak aku pun suruh abah aku tangkap ikan Tilapia mossambica (talapia le tu) yang ade kat dalam kolam belakang rumah aku, dan aku pun dengan kain pelekat yang tak salin2 lagi pergi la ikut abah aku tangkap ikan2 tu...


gambar kat bawah ni gambar kat kolam kecik depan rumah aku, saje je aku ambil lepas main2 dengan kucing kat rumah aku ni.



PTK oh PTK...

Biasa dengar nama Mok Soon Sang? sape yang rajin baca buku macam aku masa belajar kat maktab dulu mesti selalu dengar nama tu kan, hehehe..walaupun sekarang ni aku bukan lagi pelajar cemerlang sebagaimana masa belajar di maktab dulu sebab sekarang ni dah bekerja, tapi penulis buku yang sorang ni tetap menjadi pilihan hatiku tak lain tak bukan disebabkan peperiksaan PTK yang akan aku duduki pada 25 Ogos ni, besok la tu, aku plk baru je baca biodata penulis kat kulit buku yang belakang sekali tu. Tak tau la kenapa aku rasa agak tension nak ambil exam PTK kali ni, macam malas je. Mungkin tanda2 nak dapat tahap 4 kot, hehehe. Tahun ni aku ambil 2 paper untuk TK2, Umum dan Pengurusan Sukan. Last aku ambil exam ni tahun 2007, tahun 2008 aku tak ambil sebab tarikh exam tu bertindan dengan memanah MSSM di Terengganu, saje malas nak tukar pusat peperiksaan ke Terengganu tu, dan bila aku sengaja tak pergi exam tu maknanya aku tak boleh daftar untuk exam yang berikutnya. Oleh sebab tu la sekarang aku masih lagi berada di selayang ni, konon2nye nak study kt rumah. Ceh! macam bagus je...dan alasan tu jgk la yang aku bagitau kat mak aku bila mak aku tanya kenapa tak balik lagi. Memang niat aku pada awalnya nak fokus pada exam ni pn sebenarnya, lepas abis exam baru la senang hati aku nak balik kampung. Tapi biasala bila dah sorang2 kat rumah ni, byk2 benda yang aku plan nak buat dlm masa cuti ni satu pun tak jalan lagi. Buku ni pun secara kebetulan aku beli masa aku jalan2 kat jusco kepong semalam, tergerak hati nak masuk kedai buku Popular, semenjak aku dapat kad diskaun kedai buku Popular ni makin rajin pulak aku pegi kedai buku tu, hehehe...Ape2 pn, selamat menduduki peperiksaan PTK buat cikgu2 yang sama2 ambil exam besok, harap2 dapat la memperbaiki results yang lepas, insya Allah sekurang2nye dpt tahap 4 kali ni kn, hehehe...ok la, chow dulu, tarawih. Lepas tu aku akn pastikan semua 400 mukasurat buku ni akan aku habiskan mlm ni, dan lepas tu lagi aku akan teruskan usaha aku dengan mencari pensel dan pemadam yang mesti akan hilang di saat aku memang memerlukan benda2 tu.

Cuti...


Bestnya dpt bercuti. Semalam ngn hari ni la buat julung2 kalinya selepas 2 bulan aku dapat tidur balik dengan aman lepas bangun solat subuh sambil merehatkan diri tanpa perlu memikirkan apa2 kerja yang nak dibuat untuk sementara waktu. Urusan-urusan yang melibatkan memanah peringkat sekolah ni dah abis buat masa ni, latihan pun aku stop buat sementara waktu, malas la nak suruh budak2 tu datang sekolah kerap sangat, banyak isu kesihatan sekarang ni, lepas raya nanti la aku sambung balik, lagipn mlm ni ade parents dr rawang yang call aku nak suruh aku ajar anak dia dalam sukan memanah ni lepas raya nanti, so blh la join dgn budak2 aku..yang adanya skg ni cuma urusan atlet2 dalam program ke SUKMA taun depan je, tapi tu bukan kerja aku, aku cuma menyibukkan diri je dalam Persatuan Memanah Selangor tiap kali meeting sebab tak ramai pun pemanah2 dr Gombak kali ni, biasa la ada pasang surut..

Sebenarnya semalam aku ade jgk urusan yang berkaitan dengan memanah ni. Ceritanya ari Rabu lepas masa aku di padang SK Taman Permata sebab bwk budak2 KATMO Olahraga, aku ada dpt call drpd sorang staff di MPS. Dia suruh aku datang ambil surat dari Pesuruhjaya Sukan Malaysia kat ofis dia. Memang skg ni segala surat menyurat atas nama Persatuan Memanah Gombak dialamatkan ke situ memandangkan tuan bendahari persatuan kitorang ni bos kat situ. Aku pun pegi la ambil surat tu. Tajuk dia 'Program Naziran Badan Sukan Peringkat Kuala Lumpur dan Selangor (Zon Tengah). Tarikh 15 Ogos (Sabtu), tempat Auditorium 2, Majlis Sukan Negara, masa 7.30 pagi..bila aku tgk masa tu mmg dlm kepala aku dah malas nak pikir panjang, aku nak tido pagi tu. Tapi bila aku selak belakang ada ayat tertulis 'Kehadiran adalah diwajibkan'..alamak, main wajib2 ni yang lemah ni, sambungan ayat tu membuatkan aku rasa sikit tension, mcm ni bunyinya ' pihak tuan adalah diminta membawa dokumen berkaitan pentadbiran (fail persatuan) yang mengandungi perkara-perkara berikut :

1. Minit mesyuarat awatankuasa
2. Minit mesyuarat agung persatuan
3. Laporan kewangan
4. Laporan aktiviti tahunan
5. Senarai jawatankuasa terkini
6. Perlembagaan badan sukan

Walaupun ayat lepas tu agak menggembirakan : 'Sukacita dimaklumkan bahawa sarapan dan makan tengahari adalah disediakan', tapi aku dah takde mood nak baca lagi. sebabnya aku ni mana ada simpan benda2 yang dia nak tu, aku bukan setiausaha. Masalahnya sekarang ni persatuan kitorang ni dah mcm tak berjalan sebab setiausaha dan semua ahli majlis tertinggi dah mcm lesap ntah ke mana, dan memandangkan aku antara 2-3 orang yang masih aktif di Selayang ni, maka aku lah sasarannya dalam urusan memanah di Gombak ni. Lagi 2 orang tu mmg agak sibuk dengan persatuan selangor. Aku call member aku yang d MSN Shah Alam tu, dia kata aku kena pegi program tu, klu tak nanti masalah dengan persatuan..aduss, sembang2 lagi dia kata, mcm ni la, call je org pesuruhjaya tu, bgtau yang skg ni aku ada program memanah di keramat, kebetulan mmg skg ni ada National Open di MSN Keramat, haa..lega sikit aku.

Pagi Sabtu, aku plan nak pegi tengok National Open di Keramat, saje nak jumpa kwn2 kt situ, lepas start kete, jalan sampai pasar borong, aku terpikir nak balik kampung pulak, last2 sampai kat bulatan Batu Caves tu aku pusing balik menghala ke rawang...terus balik kampung, Bukit Jalil tak pegi, Keramat pun tak pegi, suka hati aku la kan, cuti, hehehe..



Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark