Julai yang memenatkan..

Hari ni 26 Julai. Waktu aku menaip ni, aku baru je sampai dari kampung aku di Felda Trolak Timur yang dah lebih 2 bulan aku tak balik, rindu beb..banyak benda yang aku terlepas, musim buah, kenduri kendara..sebelum aku balik kampung tengahari tadi aku masih bertugas, bukan mengajar dalam kelas, tapi mengajar budak2 memanah untuk Klinik Memanah di SMK Ideal Heights. Program 2 hari bermula semalam untuk murid2 yang baru nak berjinak-jinak dengan sukan memanah yang dah 9 tahun aku ceburi ni. 9 tahun yang lepas di sekolah ni jugak la aku mula2 belajar macamana nak jadi coach untuk sukan memanah ni, dan sekarang ni aku pulak yang diminta untuk perturunkan sedikit sebanyak ilmu yang aku ada untuk generasi yang seterusnya di sekolah ni. Sebenarnya dari awal bulan dulu cikgu di SMKIH ni mintak aku buat program tu. Tapi aku tak dapat nak buat awal sebab tiap2 minggu memang dah penuh dengan mcm aktiviti. Semalam pun sebenarnya aku kena pergi ke SK Taman Rakan di Kajang untuk program TID kat situ tapi aku tak pergi pun sebab aku rasa aku patut utamakan program pembangunan untuk sukan memanah di gombak ni dulu. Minggu lepas pun aku tak pergi jugak, program TID kat daerah sepang rasanya. Sebabnya, 16-19 Julai aku ada di UIA sebab terlibat sebagai jawatankuasa kejohanan memanah SUKSES dan jugak sebagai jurulatih pasukan memanah MSD Gombak..2 dalam 1 kerja aku. Kerja siang malam sambil bahagikan masa untuk kerja2 teknikal dan untuk team aku. Keputusan kejohanan tu, gombak di nombor 3 tapi aku puas dan aku rasa memang patut..ada sebabnya. Apa pun aku berterima kasih kepada 8 orang pemanah gombak yang tinggal daripada asalnya 11 orang yang aku senaraikan. 8 orang pemanah ni la yang berjuang habis habisan sepanjang kejohanan tu..dalam perjuangan nak mendapatkan pingat tu byk la pulak babak2 mcm dalam dalam drama tv berlaku dalam team aku ni..gumbira, sedih, marah, mcm2 ada dlm masa 4 hari diaorang bkumpul tu, haha..best. Selesai SUKSES, cukup melegakan. Rasa macam nak menjerit puas!! Penat lelah menjayakan kejohanan tu terbalas rasanya bila tengok lori2 MPS keluar dari padang UIA sambil membawa berpuluh target butt dengan bermacam alatan lagi petang ahad tu. Dah seminggu aku ambil cuti tanpa rekod sebab nak menguruskan 2 dalam 1 tu. 11 Julai bermula latihan pusat untuk team aku sampai 14 Julai, terus sambung sampai 19 Julai. Lamanya aku tak masuk kelas..dah la seminggu sebelum tu, 3-5 Julai ada kem unit beruniform, hari2 sebelum kem tu pun dah banyak kali aku tak dapat masuk kelas sebab sibuk menguruskan mcm2 hal untuk kem tu. Kesian kat anak murid aku. Sibuk sungguh cikgu dia sepanjang bulan julai ni, haha..kalau aku tengok balik tarikh2 kat atas tu, maknanya aku takde masa lagi nak cuti bulan ni. Tiap2 minggu kerja langgar hari sabtu ahad. Minggu depan pun aku kena pergi lagi jadi penguji program TID tu kat daerah Sabak Bernam pulak. Aduss..agaknya kena tunggu bulan puasa nanti la baru aku boleh rehat hari sabtu ahad ni kan, haha..nasib la labu..

KONTINJEN MEMANAH MSD GOMBAK

KONTINJEN MEMANAH MSD GOMBAK

SUKAN SELANGOR (SUKSES) VIII 2009


 

PEGAWAI

BIL

NAMA

INSTITUSI

TUGAS

1

EN. ZAINAL KAMAL BIN SAAD

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

PENGURUS

2

EN. MOHD IZWAN BIN MOHD RAFFIE

SK BANDAR BARU SELAYANG

JURULATIH

3

EN. AMRAN BIN HAMIDI

MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR

JURULATIH


 

ATLET                    

BIL

NAMA

INSTITUSI

KATEGORI

1.

MUHAMMAD ADAM BIN MAZLAN

SMK BUKIT INDAH

RECURVE

2.

MOHD KHAIROL ANUAR BIN MOHD NAWAWI

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

RECURVE

3.

MOHD SYAHIRAN BIN ISA

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

RECURVE

4.

ATIF ISMAIL BIN SAMSUDIN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

RECURVE

5.

NURULYN NASLY BT. ADENAN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

RECURVE

6.

FEPRIYENITA BINTI ANUAR

MAJLIS SUKAN NEGARA KERAMAT

RECURVE

7.

SITI AMIRA BT. MOHD TAMSIR

SMK IDEAL HEIGHTS

RECURVE

8.

NOOR AMILA BINTI ABDUL LATIFF

SMK SEKSYEN 11, SHAH ALAM

RECURVE

9.

ZAIRINA BINTI ZAINUDIN

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

COMPOUND

10.

SUZANA BINTI MOHD NAYAN

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

COMPOUND

11.

MUHAMMAD FADHIL BIN ZULKIFLI

UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

COMPOUND

Selesai Perkhemahan Unit Beruniform

Alhamdulillah, akhirnya selesai sudah perkhemahan unit-unit beruniform sekolah aku pada 5 Julai 2009 yang lepas. Bagi aku sendiri, aku rasa puas hati dapat menyelaraskan kem tahun sebab :

1. Penyertaan murid memang amat menggalakkan, sampai aku kena reject permohonan beberapa orang murid sebab dah ramai sangat

2. sokongan padu dan mantap dari kawan-kawan dan pihak pentadbir sendiri

3. Perjalanan aktiviti yang lancar dan teratur, semua on time dan ikut jadual kecuali slot ikatan dan simpulan yang tak sempat nak buat

4. Tak ada sebarang masalah dalam perjalanan aktiviti, peserta pun semua ok, walaupun ramai yang baru first time terlibat dengan aktiviti perkhemahan ni

5. Selain daripada aktiviti yang menarik, peserta dapat mengalami keadaan cuaca yang tak menentu, panas terik, angin kencang dan hujan lebat sepanjang tiga hari perkhemahan,haha..bukan senang nak dapat pengalaman berpindah ke pusat pemindahan yang selamat dalam berkhemah sebab masalah cuaca pukul 3.30 pagi..Alhamdulillah tak ada sebarang kejadian yang tak diingini berlaku

6. Aku berjaya walaupun cuma diberi masa 2 minggu, secara mengejut pulak tu, untuk menyelaraskan kem kali ni. Terima kasih buat kawan-kawan, jawatankuasa-jawatankuasa perkhemahan yang banyak bagi sokongan dan bantuan sepanjang perjalanan kem ni. Insya Allah kalau aku tak ke mana-mana, tahun depan kita jumpa lagi, haha..

Dah habis berkhemah ni, skg aku kena balik pada sukan memanah aku, dan sepanjang bulan Julai ni, aktiviti aku yang melibatkan sukan memanah :

1. Latihan pusat memanah Sukan Selangor
2. Sukan Selangor
3. Klinik memanah untuk murid2 SMK Ideal Heights
4. Latihan memanah SKBBS

Blog Widget by LinkWithin

Share/Save/Bookmark