
Memanah MSSD Gombak 2010
dicatat oleh Izwan Raffie pada 6:00 PTG
Baru sahaja menghadiri Mesyuarat Pengurusan Sukan dan Permainan MSSD di PPD Gombak. Berikut adalah ketetapan berkenaan Kejohanan Memanah MSSD Gombak 2010:
Tarikh : 12 - 15 April 2010
Tempat : Padang SMK Gombak Setia
Kategori : 12/15/18 (L&P)
Pusingan: Single FITA
Maklumat lengkap berkenaan kejohanan akan disalurkan kepada blog Unit Kokurikulum Gombak dalam masa terdekat. Sila emel saya untuk sebarang pertanyaan, terima kasih.
Takwim Kejohanan Sukan MSSS & MSSM 2010
dicatat oleh Izwan Raffie pada 6:37 PTGSalam. Hari ni aku ke Shah Alam untuk menghadiri Mesyuarat Pengurusan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Selangor yang diadakan di JPNS. Semua Pengerusi Teknik sukan dan permainan MSSS dan Penyelia Sukan PPD setiap daerah menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNS, Pn. Hjh. Siti Fatimah bt. Mat Tamin.
Mesyuarat yang dijalankan antara lainnya membincangkan perancangan takwim kejohanan sukan MSSS dan MSSM 2010 serta beberapa perkara berkaitan pengurusan kontinjen dan kewangan. Aku mewakili sukan memanah bersama dengan Pengerusi Teknik (M) Thyagarajan sepertimana pengerusi-pengerusi teknik sukan yang lain telah diminta untuk membuat ketetapan tentang tarikh penganjuran kejohanan sukan masing-masing di peringkat MSSS berdasarkan kepada takwim di peringkat MSSM. Perbincangan ini adalah rentetan daripada beberapa perubahan di dalam penganjuran sukan di peringkat MSSM yang sebelum ini menjadi isu hangat sehinggakan terpaksa menerima campur tangan Timbalan Perdana Menteri sendiri di mana akhirnya beliau telah mengumumkan suntikan dana bagi pihak MSSM menganjurkan semua kejohanan sepertimana kebiasaannya pada setiap tahun.
Dalam mesyuarat pada kali ini, kami semua telah dimaklumkan oleh KS bahawa semua 24 jenis sukan telah kembali dipertandingkan di dalam kalendar MSSM sepertimana dalam kejohanan-kejohanan pada tahun-tahun lepas, bukan lagi 12 sukan sahaja mengikut keputusan asal dan setelah berbincang selama lebih daripada 4 jam, maka berikut adalah takwim yang telah dipersetujui dan ditetapkan dalam mesyuarat pada kali ini :
Gimrama:
21-25 Feb (Hulu Langat)
16-19 Mac (P.Pinang)
Gimnastik:
9-11 Feb (H. Selangor)
16-19 Mac (Melaka)
Akuatik:
8-10 Feb (P.Utama)
17-19 Mac (Selangor)
Golf:
3-4 Feb (Gombak)
17-19 Mac (N. Sembilan)
Boling Tenpin:
6-8 April (Klang)
24-27 April (Melaka)
Merentas Desa:
27 Mac (Sepang)
17 April (Selangor)
Balapan dan Padang:
21-24 April (Sepang)
19-22 Mei (Johor)
Skuasy:
12-15 April (P. Utama)
7-11 Jun (Perak)
Sofbol:
10-13 Mei (P. Perdana)
7-11 Jun (Kedah)
Bola Tampar:
3-6 Mei (Sabak Bernam)
7-11 Jun (Kedah)
Badminton:
14-16 April (K. Langat)
7-11 Jun (Perak)
Bola Jaring:
10-13 Mei (P. Perdana)
7-10 Jun (W.P Putrajaya)
Bola Baling:
7-9 April (Gombak)
7-11 Mei (Pahang)
Bola Keranjang:
10-13 Mei (H. Selangor)
7-11 Jun (Pahang)
Bola Sepak:
26-29 April (Klang)
7-12 Jun (Terengganu)
Hoki:
3-7 Mei (K. Selangor)
7-12 Jun (W. Persekutuan)
Tenis:
3-6 Mei (p. Utama)
7-11 Jun (Perlis)
Sepak Takraw:
3-7 Mei (Gombak)
7-11 Jun (Kelantan)
Ping Pong:
27-30 April (Hulu Langat)
7-11 Jun (Terengganu)
Ragbi:
4-7 Mei (K. Selangor)
7-12 Jun (Kelantan)
Catur:
13-15 April (Sabak Bernam)
7-11 Jun (Perlis)
Kriket:
26-30 April (Hulu Langat)
7-12 Jun (P.Pinang)
Memanah:
3-7 Mei (Klang)
7-11 Jun (N. Sembilan)
Perahu layar:
5-9 April (K. Langat)
2-7 Oktober (Pahang)
Dah aku kata sebelum ni, tunggu je surat, pegi meeting dan pasti aku akan pulang dengan kepala yang berdenyut2, haha...memang sekarang ni aku agak pening, budak2 sekolah aku tengah sibuk dengan latihan untuk kejohanan sukan sekolah dan kejohanan balapan dan padang peringkat zon dan daerah yang akan berlangsung sehingga April. Pengerusi Teknik Gombak dah sms aku tentang cadangan penganjuran Kejohanan Memanah MSSD pada bulan April ni, memang aku kena buat dalam bulan April sebab MSSS awal Mei. Aku dh malas nk pikir banyak2, buat je keje dengan ikhlas dan bersungguh2, semoga diberkati hendaknya, aminnnn.....
Latihan 2010
dicatat oleh Izwan Raffie pada 7:57 PTG
Rasa lengkap waktu petang aku bila diisi dengan aktiviti mcm ni, dh lama tak buat apa2 program utk budak2 aku waktu petang, klu tahun lepas aku kerja mcm nak pengsan bila olahraga sekolah dan kejohanan memanah bertindan, tahun ni rasa mcm rileks sikit, kalau tahun2 sebelum ni aku ditugaskan sebagai ketua rumah sukan tapi tahun ni ketua rumah sukan semua cikgu perempuan, hehehe...aku cuma tolong s/u sukan sekolah menguruskan hal2 yang berkaitan dengan kejohanan je, sempat la aku nak selit latihan memanah aku ni petang2. Setakat ni nampaknya blh dikatakan hari2 ada latihan memanah, disebabkan alatan yang terhad dan disebabkan aku sorang yg melatih, aku kena bahagikan pelatih2 aku yang terdiri daripada murid-murid tahun 4 - 6 kepada hari2 tertentu untuk sesi latihan...apapun minggu2 yang akan datang rasanya kesibukan waktu petang aku akan makin terasa bila aku akan mulakan pulak latihan intensif untuk budak2 olahraga aku sbg persediaan ke kejohanan balapan dan padang peringkat zon dan daerah yang dijadualkan pada 24 dan 29 Mac nanti......
1st Asian AGP@MSN Keramat
dicatat oleh Izwan Raffie pada 7:19 PTGMulanya aku dapat sms dari seorang kawan di LA Sports yang memaklumkan kat aku diorang akan buat pameran dan jualan peralatan memanah di MSN Keramat pada 6-8 Februari, bila aku rujuk pada kalendar NAAM baru aku perasan pada tarikh tu jugak akan diadakan 1st Asian Archery Grand Prix 2010. Semalam coach Amran pulak tepon aku ajak pegi ke situ, memandangkan aku takde keje nak buat hari ni, maka aku pun setuju nak pegi, lagipun mesti ade citer baru dan panas berapi yang berkaitan dengan persatuan memanah yang boleh disembangkan, hahaha, lantak la, rasa mcm dh malas nak bg komitmen dalam persatuan, korang buat la apa korang nak buat, aku cuma nak fokus pada pemanah bawah 12 tahun aku, urusan memanah MSSD dan MSSS je....

10.00 pagi aku dgn Amran sampai di padang MSN, dah start 1st round recurve dan compound. Tak lama lepas tu cikgu Mazlan pulak sampai. Cukup la korum 3 orang gila dalam sukan memanah di gombak ni, haha...selepas beberapa ketika melayan suasana best dalam pertandingan yang disertai oleh 10 buah negara termasuk pemanah2 elit Malaysia tu, kitorang pegi ke khemah pameran dan jualan alat2 memanah di court tenis MSN tu.

Tak terpikir pn nak beli ape2, saje nak tengok2 je, tapi ade satu beg yang ckup menarik perhatian aku, BP-T trolley bag jenama Soma. Akhirnya perasaan nak beli berjaya mengatasi jangan beli, dan melayanglah RM 285 sebagai bayaran untuk aku memiliki beg berwarna biru tu, huhu...takpe la, untuk kemudahan aku jugak, senang sikit aku nak angkut equipments memanah tiap2 kali nak buat latihan...

Setelah memujuk kembali hati aku yang seakan2 memarahi diri aku sebab membeli beg tadi, aku dan 2 orang kawan aku tu pegi berjumpa dengan tuan setiausaha eksekutif NAAM, Encik Izi bagi bertanyakan tentang sijil kejurulatihan kitorang yang x dapat2 lagi sampai sekarang walaupun dah sah2 kitorang lulus kursus kejurulatihan tu bila nama kitorang memang ada dalam database pemegang2 nombor siri sijil kejurulatihan NAAM. Tanya punya tanya, sembang punya sembang akhirnya tuan setiausaha eksekutif dan tuan setiausaha kehormat NAAM bersetuju mengeluarkan surat yang mengesahkan bahawa kitorang telah lulus kejurulatihan memanah walaupun x pernah tengok pn sijil tu.
Sebenarnya isu sijil ni dah lama sangat, banyak sangat dolak dalihnya, takde orang nak sain la, pegawai yang nak sain pegi oversea la, berubah pengurusan la, ntah ape2 lagi ntah alasan yang diberi selama ni. Kesian kat member aku yang tak dpt nak claim elaun jurulatih SPTS sebab takde sijil. Hari ni kitorang mintak jugak supaya pihak NAAM buat sesuatu dan akhirnya surat tu diberikan dengan ditandatangani sendiri oleh Tuan Haji Hamid selaku Setiausaha Kehormat NAAM yang turut bersama dalam perbincangan tu.
Pukul 2.30 petang selesai semua urusan, pemanah2 pun dah balik ke De Palma sebab dah habis sesi hari ni. Antara keputusan yang yang agak menarik, Cheng Chu Sian berada di ranking pertama individu recurve lelaki setelah habis 1st dan 2nd round hari ni. Aku pulak dengan kepala yang masih mengira2 perbelanjaan aku sepanjang hari ni pun balik selepas makan tengahari di gerai makan bersebelahan Jusco Aeon Keramat...
Memanah SKBBS 2010
dicatat oleh Izwan Raffie pada 4:35 PTGSalam. Lama sgt aku x update blog aku ni, maklum la awal2 tahun ni rasa mcm sibuk je (malas sbenarnya) sebab dh lama rileks masa cuti hujung tahun lepas..
Dalam masa sebulan lebih persekolahan sesi 2010 ni dh banyak jgk program dan aktiviti yang aku terlibat samada program di peringkat sekolah, PPD, JPN, persatuan, keluarga dan program aku sendiri. Dalam sukan memanah, setakat ni ade meeting je, latihan aku tak mula lagi pun.
Awalnya aku memang bsemangat nak wujudkan pasukan memanah baru di sekolah aku ni selepas habis semua pemanah2 lama aku dah ke sekolah menengah, aku nak tebus rasa frust aku jgk sebab tahun lepas aku x dapat nak sediakan team aku sendiri, sibuk sangat dengan mcm2 program yang bertindan, rasa macam nak pengsan bila sukan sekolah selang sehari je dengan memanah MSSD tahun lepas, terkejar-kejar aku nak tolong menguruskan sukan sekolah, rumah sukan aku dan dalam masa yang sama kena menguruskan persiapan padang dan mcm2 perkara yang berkaitan dengan memanah MSSD yang akan dilangsungkan keesokan harinya selepas sukan sekolah.
Masuk tahun 2010, bila timbul je isu peruntukan yang dipotong banyak tu, tiba2 aku rasa mcm malas je, memang memanah akan dijalankan jugak sehingga ke MSSS, tapi bulan Julai, jauh sangat perbezaan daripada tarikh asal iaitu hujung bulan Januari, budak2 yang aku latih setakat ni semuanya tahun 6, masalah nanti sebab dekat dengan UPSR, nak tak nak aku kena bentuk team baru, pelapis di kalangan murid2 tahun 5, dan maknanya aku kena bermula balik untuk melatih budak2 dari '0'.
Perancangan aku, tahun ni aku target nak sediakan team yang mantap dan akan merampas kembali tahta kejuaraan bawah 12 tahun di peringkat daerah gombak dan selangor sendiri selepas 2 tahun aku hilang kejuaraan sebab aku cuma bawak peserta untuk kategori perseorangan je, kurang la point sekolah aku sbb takde team, bukannya aku saje2 tak nak buat team, tak menang tangan aku nak buat keje sorang2, aku la coach, aku la pengurus, aku la pengerusi teknik dan aku la hakim padang...kadang2 siap jadi DOS lagi.
Sebab tu la aku bawak 2 laki 2 perempuan je, senang sikit nak pantau diorang. Tapi tahun ni aku cadang nak train cikgu lain yang harapnya dapat bantu aku sebagai jurulatih memanah ni, senang sikit kerja aku bila ada orang yang boleh membantu. Lagipun memang sepatutnya tanggungjawab aku sebagai pengerusi teknik untuk membangunkan sukan memanah termasuk tenaga jurulatih di daerah gombak ni.
Rancang punya rancang, yang terkini, nmpaknya aku terpaksa memikirkan pulak kemungkinan akan berlakunya perubahan sekali lagi dalam kalendar sukan di peringkat MSSD, MSSS dan MSSM apabila terdengarnya perkhabaran bahawa semua sukan akan kembali dipertandingkan bagi semua kategori hingga ke peringkat MSSM pada tahun ni...tunggu je surat, pegi meeting dan lepas tu mesti aku akan pulang dengan kepala yang berdenyut2...
Langgan:
Catatan (Atom)
